Khamis, 3 Mac 2011

BAUCAR PENGINAPAN PERCUMA - PETRONAS


Alhamdulillah akhirnya panggilan yang saya terima daripada Petronas Dagangan Bhd. pada 27 Jan. 2011 kerana dipilih sebagai pemenang hadiah penginapan percuma 3 hari 2 malam di hotel terpilih di Malaysia dan penginapan 2 hari 1 malam di Hotel Istana (5 bintang), Kuala Lumpur untuk 2 orang sudah pun menjadi kenyataan apabila menerima baucar berkenaan daripada pihak Petronas. Terima kasih Petronas.

Akar keladi melilit selasih,
Selasih tumbuh di hujung taman;
Kalungan budi junjungan kasih,
Mesra kenangan sepanjang zaman.

2 ulasan:

  1. Tahniah Tuan Haji...Nampaknya bolehlah melancong sakan ke Kuala Lumpur cuti ni...

    BalasPadam
  2. Terima kasih haji...setakat Kuala Lumpur dah biasa tapi oleh sebab dapat penginapan percuma boleh juga berehat sambil jalan-jalan dengan orang rumah..hehe. Tetapi baucar yang satu lagi tu memang saya bercadang untuk ke Sabah tahun ini kerana belum pernah menjejakkan kaki ke Sabah sambil reunion dengan kawan-kawan di sekitar KK.

    BalasPadam