Selasa, 15 September 2009

KOMSAS 9: SOALAN PEMAHAMAN KOMSAS BERFOKUS - DRAMA SERUNAI MALAM


Berikut disertakan contoh soalan yang dikemukakan dalam Peperiksaan Percubaan SPM Antara Negeri sebagai panduan untuk latih tubi:

1. Soalan Perlis:

(i) Berikan sebab-sebab Umar ingin menjadi guru? [3 markah]

(ii) Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang boleh dilakukan untuk menggalakkan masyarakat menceburi kerjaya perguruan? [3 markah]

(iii) Huraikan satu perwatakan Safiah yang terdapat dalam petikan dan dua perwatakannya
yang lain dalam keseluruhan drama. [3 markah]

2. Soalan Negeri Sembilan:

(i) Apakah punca perselisihan pendapat antara Umar dengan Safiah? [2 markah]

(ii) Sekiranya anda mahasiswa, nyatakan usaha-usaha yang dapat anda lakukan untuk
memajukan penduduk desa. [3 markah]

(iii) Jelas satu perwatakan Umar yang terdapat dalam petikan dan satu perwatakan lain
daripada keseluruhan drama. [4 markah]

3. Soalan Klang, Selangor:

(i) Nyatakan alasan Umar ingin menjadi guru. [2 markah]

(ii) Mengapakah akhirnya Safiah bersetuju dengan kehendak Umar? [4 markah]

(iii) Jelaskan satu perwatakan Umar dalam petikan dan dua perwatakan daripada keseluruhan
drama. [3 markah]

4. Soalan MRSM:

(i) Apakah kenangan indah antara Umar dan Safiah? [2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, bagaimanakah percanggahan pendapat antara pasangan dapat
diselesaikan? [3 markah]
(iii) Huraikan satu perwatakan Safiah daripada petikan dan satu perwatakan lain daripada
keseluruhan drama? [4 markah]

5. Kelantan:

(i) Bagaimanakah penderitaan yang dihadapi oleh Umar semasa kecil dahulu? [3 markah]
(ii) Pada pendapat anda, apakah ciri-ciri yang sesuai untuk memilih pasangan yang boleh
memberikan kebahagiaan? [3 markah]
(iii) Huraikan dua nilai yang terdapat dalam petikan dan satu nilai yang terdapat dalam
keseluruhan drama? [3 markah]

6. Soalan Melaka (Peperiksaan Pertengahan Tahun Selaras)

(i) Apakah reaksi ibu Safiah sebaik sahaja kedatangan Pak Majid ke rumahnya? [2 markah]

(ii) Sikap tolong-menolong merupakan nilai yang masih diamalkan dalam masyarakat kita.

Pada pendapat anda, apakah kepentingan nilai tolong-menolong dalam kehidupan?

[3 markah]

(iii) Huraikan satu perwatakan Pak Majid yang terdapat dalam petikan di atas dan satu perwatakan lain Pak Majid yang terdapat dalam keseluruhan drama tersebut.

[4 markah]

1 ulasan: