Selasa, 15 September 2009

KOMSAS 9: SOALAN PEMAHAMAN KOMSAS BERFOKUS - DRAMA SERUNAI MALAM


Berikut disertakan contoh soalan yang dikemukakan dalam Peperiksaan Percubaan SPM Antara Negeri sebagai panduan untuk latih tubi:

1. Soalan Perlis:

(i) Berikan sebab-sebab Umar ingin menjadi guru? [3 markah]

(ii) Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang boleh dilakukan untuk menggalakkan masyarakat menceburi kerjaya perguruan? [3 markah]

(iii) Huraikan satu perwatakan Safiah yang terdapat dalam petikan dan dua perwatakannya
yang lain dalam keseluruhan drama. [3 markah]

2. Soalan Negeri Sembilan:

(i) Apakah punca perselisihan pendapat antara Umar dengan Safiah? [2 markah]

(ii) Sekiranya anda mahasiswa, nyatakan usaha-usaha yang dapat anda lakukan untuk
memajukan penduduk desa. [3 markah]

(iii) Jelas satu perwatakan Umar yang terdapat dalam petikan dan satu perwatakan lain
daripada keseluruhan drama. [4 markah]

3. Soalan Klang, Selangor:

(i) Nyatakan alasan Umar ingin menjadi guru. [2 markah]

(ii) Mengapakah akhirnya Safiah bersetuju dengan kehendak Umar? [4 markah]

(iii) Jelaskan satu perwatakan Umar dalam petikan dan dua perwatakan daripada keseluruhan
drama. [3 markah]

4. Soalan MRSM:

(i) Apakah kenangan indah antara Umar dan Safiah? [2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, bagaimanakah percanggahan pendapat antara pasangan dapat
diselesaikan? [3 markah]
(iii) Huraikan satu perwatakan Safiah daripada petikan dan satu perwatakan lain daripada
keseluruhan drama? [4 markah]

5. Kelantan:

(i) Bagaimanakah penderitaan yang dihadapi oleh Umar semasa kecil dahulu? [3 markah]
(ii) Pada pendapat anda, apakah ciri-ciri yang sesuai untuk memilih pasangan yang boleh
memberikan kebahagiaan? [3 markah]
(iii) Huraikan dua nilai yang terdapat dalam petikan dan satu nilai yang terdapat dalam
keseluruhan drama? [3 markah]

6. Soalan Melaka (Peperiksaan Pertengahan Tahun Selaras)

(i) Apakah reaksi ibu Safiah sebaik sahaja kedatangan Pak Majid ke rumahnya? [2 markah]

(ii) Sikap tolong-menolong merupakan nilai yang masih diamalkan dalam masyarakat kita.

Pada pendapat anda, apakah kepentingan nilai tolong-menolong dalam kehidupan?

[3 markah]

(iii) Huraikan satu perwatakan Pak Majid yang terdapat dalam petikan di atas dan satu perwatakan lain Pak Majid yang terdapat dalam keseluruhan drama tersebut.

[4 markah]

Ahad, 13 September 2009

KOMSAS: 8 - SOALAN PEMAHAMAN KOMSAS BERFOKUS - JALAN-JALAN RAYA KOTAKU




Berdasarkan soalan Peperiksaan Percubaan SPM Antara Negeri 2009, berikut disertakan contoh soalan yang dikemukakan peringkat negeri untuk dimanfaatkan khususnya kepada bakal calon SPM tahun ini:

JALAN – JALAN RAYA KOTAKU


Saban waktu sepanjang perjalanan

Jalan-jalan raya kotaku

lewat senja begini

tika gerimis menabur benih

menerima kehadiran warga kota

lemas dalam kesabaran

lelah meresahkan

dengan luka parah di hati.

Ketidaksabaran membengkak

kesombongan merajai setiap ruang

semakin padat dengan emosi

kebosanan menggigit pangkal rasa.

Demikian etika di perjalanan

budi luhur warga kotaku

tidak lagi berlaku

yang hadir adalah keserakahan

memacu menghimpun kekuatan

menghakis sopan santun

seperti banjir kilat

melanda pinggir perjalanan

fitrah sang manusia

peradaban kota masa kini.

Jalan-jalan raya kotaku

adalah gelanggang kebuasan

perlumbaan kebiadaban

para pesakit

kemanusiaan semakin mandul

pada penghujung musim.

Zam Ismail

Antologi Anak Laut, Dewan Bahasa dan Pustaka.


1. Soalan Melaka:


(i) Gambarkan sikap pemandu ketika berada di jalan raya seperti yang terdapat dalam rangkap kedua sajak di atas?

[3 markah]

(ii) Pada pendapat anda, selain sikap pengguna apakah punca-punca kesesakan jalan raya?

[3 markah]

(iii) Berikan tiga pengajaran yang terdapat dalam sajak tersebut.

[3 markah]

2. Soalan Negeri Sembilan:


(i) Berikan maksud kemanusiaan semakin mandul.

[2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, mengapakah pengguna jalan raya bersikap tidak sopan ketika memandu?

[3 markah]

(iii) Huraikan empat unsur bahasa yang terdapat dalam sajak tersebut.

[4 markah]

3. Soalan Kedah:


(i) Berikan maksud ketidaksabaran membengkak.

[2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, mengapakah masalah kecelakaan di jalan raya di negara ini sukar dibendung?

[3 markah]

(iii) Huraikan dua persoalan yang terdapat dalam sajak di atas.

[4 markah]


4. Soalan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur:


(i) Berdasarkan rangkap ketiga sajak, gambarkan etika warga kota semasa berada dalam perjalanan.

[3 markah]

(ii) Sebagai pengguna jalan raya yang berhemah, nyatakan langkah-langkah yang perlu anda ambil untuk

menghadapi kesesakan lalu lintas.

[3 markah]

(iii) Huraikan tiga unsur bahasa berserta contoh yang terdapat dalam sajak di atas.

[3 markah]

5. Soalan Perak:


(i) Berikan maksud tika gerimis menabur benih berdasarkan sajak di atas. [2 markah]


(ii) Nyatakan tiga langkah untuk menyedarkan masyarakat tentang keselamatan jalan raya mengikut pendapat

anda [3 markah]

(iii) Nyatakan empat persoalan yang terdapat dalam sajak di atas. [4 markah]


6. Soalan Daerah Hulu Langat.


(i) Bagaimanakah sikap pemandu ketika berada di jalan raya seperti yang terdapat dalam sajak di atas.

[3 markah]

(ii) Jika anda salah seorang pengguna jalan raya yang terperangkap dalam kesesakan lalu lintas, bagaimanakah

anda menghadapi masalah tersebut?

[3 markah]

(iii) Nyatakan tiga pengajaran yang terdapat dalam puisi tersebut.

[3 markah]

7. Soalan Johor:


(i) Apakah maksud rangkai kata memacu menghimpun menghimpun kekuatan.

[2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang boleh diambil untuk mendisiplinkan pengguna jalan raya?

[4 markah]

(iii) Nyatakan tiga pengajaran yang terdapat dalam sajak di atas. [3 markah]


8. Soalan Pulau Pinang:


(i) Apakah sikap negatif pengguna jalan raya? [3 markah]


(ii) Pada pendapat anda, mengapakah pengguna jalan raya tertekan ketika memandu? [3 markah]


(iii) Huraikan tiga persoalan daripada sajak tersebut. [3 markah]