SELAMAT DATANG KEPADA SEMUA PENGUNJUNG DAN PENCINTA BAHASA..SAMA-SAMA KITA BERPEGANG TEGUH PADA PRINSIP MEMBIASAKAN YANG BETUL DAN MEMBETULKAN YANG BIASA.
Isnin, 5 Julai 2010
Ahad, 4 Julai 2010
JERAYAWARA BAHASA; SEK. MEN. PEREMPUAN METHODIST, MELAKA
Rabu, 23 Jun 2010
SEGMEN BAHASA 20: KERTAS BAHASA MELAYU SPM ULANGAN
Kertas Bahasa Melayu 1
Bahagian A :
Punca-punca pencemaran udara.
Bahagian B:
2. Kepentingan-kepentingan meraikan hari-hari istimewa (spt. Hari Ibu, Hari Bapa dan hari lahir) tersebut.
3. Rencana yang bertajuk "Peranan Pelbagai Pihak dalam Menangani Isu Kenaikan Harga Barang"
4. Manfaat-manfaat yang diperoleh melalui hubungan baik pemimpin-pemimpin negara di dunia.
5. Kelebihan orang yang menguasai pelbagai ilmu.
Kertas Bahasa Melayu 2:
Soalan 2: (Soalan Pemahaman KOMSAS)
2 (b) Petikan drama - Serunai Malam
2 (c) Petikan prosa klasik - Asal Usul Raja Kecil
2 (d) Petikan sajak - Derita Pertama
Soalan 3: Pengetahuan & Kemahiran Bahasa
3 (b) Tukar dialog dalam bentuk cakap pindah.
3 (c) Mengenal pasti tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan penggunaan imbuhan.
3 (e) Berikan maksud peribahasa:
- Bagai lebah menghimpunkan madu
- Seperti si buta baru celik
- Kemenyan sebesar lutut; jika tidak dibakar, tidak akan berbau.
Soalan 4 - Novel:
4 (a) Dua peristiwa yang menunjukkan kepincangan yang berlaku dalam masyarakat.
4 (b) Satu latar masyarakat dalam dua buah novel.
Selasa, 8 Jun 2010
JERAYAWARA BAHASA: SMK KAMPUNG GELAM
KOMSAS 26: HUBUNGAN WATAK SAMPINGAN DENGAN WATAK UTAMA
Salah satu aspek sastera yang menarik untuk dikaji dalam genre novel ialah aspek watak dan perwatakan. Watak ialah pelaku yang memainkan peranan dalam sesebuah cerita yang disampaikan oleh pengarang. Hal ini demikian kerana watak berfungsi untuk menggerak dan mengembangkan jalan cerita tidak kira sama ada watak itu terdiri daripada manusia mahupun binatang yang diberikan sifat manusia. Oleh itu, watak dan perwatakan merupakan salah satu daripada unsur yang harus ditangani dengan bijaksana dan ketrampilan pengarangnya. Setiap pengarang haruslah memberi perhatian yang teliti dalam memilih watak, mencipta watak dan perwatakan, di samping mengolahnya agar sesuai dengan peranan dan persoalan yang digarap, di samping disesuaikan dengan cerita yang ingin disampaikan oleh pengarang. Oleh itu, fokus perbincangan dalam makalah kali ini tertumpu pada hubungan watak sampingan dengan watak utama.
Ikuti rencana selanjutnya di dalam majalah Fokus SPM, keluaran Jun 2010SEGMEN BAHASA 19: BENTUK SOALAN EJAAN & IMBUHAN
Salah satu bentuk soalan yang diuji dalam Kertas Bahasa Melayu 2 (1103/2) termasuk aspek pengetahuan bahasa dan kemahiran tatabahasa. Pada keseluruhannya, terdapat lima bahagian kecil aspek pengetahuan bahasa dan kemahiran tatabahasa yang diuji dalam soalan nombor tiga. Antara aspek pengetahuan bahasa dan kemahiran tatabahasa yang dimaksudkan terdiri daripada aspek morfologi, sintaksis, sistem ejaan dan kesalahan bahasa, kosa kata dan istilah, serta peribahasa. Jumlah markah keseluruhan yang diperuntukkan untuk soalan nombor 2 kertas tersebut terdiri daripada 30 markah, iaitu 6 markah bagi setiap bahagian.
Fokus perbincangan dalam rencana kali ini tertumpu pada aspek kesalahan ejaan dan imbuhan. Prinsip “membiasakan yang betul” dan “membetulkan yang biasa” merupakan dua perkara yang berbeza. Sama ada kita sedar atau tidak bahawa untuk “membetulkan yang biasa” bukanlah suatu perkara yang mudah. Dengan kata lain, sebagai pengguna bahasa, kita seharusnya menutur atau menggunakan bahasa dengan betul mengikut peraturan atau hukum bahasa yang sedia ada meliputi bidang morfologi dan sintaksis. Peraturan itulah yang akan menentukan bahasa yang kita gunakan itu dapat berfungsi dengan baik, berkesan, atau sebaliknya. Oleh sebab kejahilan terhadap sistem bahasa, tidak hairanlah wujudnya fenomena kerancuan bahasa yang berleluasa di kalangan masyarakat hari ini. Lantaran itu, dengan ada bentuk soalan yang menguji aspek penggunaan imbuhan dan sistem ejaan yang betul, secara tidak langsung kita akan dapat melahirkan generasi pelajar yang benar-benar dapat merealisasikan prinsip “membiasakan yang betul”. Dengan kata lain, murid akan cuba sedaya upaya membiasakan diri mereka dengan menggunakan sistem bahasa yang betul.
RENCANA UMUM 29: PERLUKAH PENDIDIKAN SEKS DI SEKOLAH?
Ikuti rencana selanjutnya di dalam majalah E@Siswa, Jun 2010.
Isnin, 7 Jun 2010
RENCANA UMUM 28: PENDIDIKAN BERTARAF DUNIA
Diam tak diam, Malaysia kini sedang memasuki fasa 15 tahun yang kedua ke arah mencapai Wawasan 2020, iaitu status sebagai sebuah negara maju dan saintifik mengikut acuan sendiri. Untuk itu, masyarakat yang maju perlu bersedia untuk menerima sesuatu yang baharu dan pembaharuan ini pastinya lebih baik. Selaras dengan itu, salah satu agenda penting kerajaan adalah untuk membangunkan satu sistem pendidikan bertaraf dunia. Agen perubahan utama ialah pendidikan kerana pendidikan merupakan wahana terpenting dalam pembangunan sumber manusia ke arah pencapaian matlamat pembangunan negara. Perubahan dalam pendidikan memang suatu yang tidak dapat dielakkan sama ada faktor luaran dan dalaman yang mendesak untuk melakukan perubahan. Oleh itu, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mempunyai tanggungjawab yang amat besar untuk melakukan perubahan khususnya dalam membangunkan modal insan yang bersifat menyeluruh, progresif, bermoral, dan beretika tinggi, selain melahirkan modal insan berpengetahuan dan berkemahiran.Tegasnya, hasrat murni kerajaan untuk menjadikan pendidikan di
Ikuti rencana saya selanjutnya di dalam majalah Fokus SPM, keluaran Jun 2010













