Rabu, 23 Jun 2010

SEGMEN BAHASA 20: KERTAS BAHASA MELAYU SPM ULANGAN

Kertas Bahasa Melayu SPM Ulangan (SPMU) 2010 sudah pun berakhir pada 22 Jun 2010 (Selasa). Berikut disenaraikan ringkasan soalan Bahasa Melayu bagi kedua-dua kertas tersebut:

Kertas Bahasa Melayu 1

Bahagian A :

Punca-punca pencemaran udara.

Bahagian B:

1. Ceritakan pengalaman anda semasa menjalankan tugas sebagai sukarelawan yang membantu mangsa bencana alam.
2. Kepentingan-kepentingan meraikan hari-hari istimewa (spt. Hari Ibu, Hari Bapa dan hari lahir) tersebut.
3. Rencana yang bertajuk "Peranan Pelbagai Pihak dalam Menangani Isu Kenaikan Harga Barang"
4. Manfaat-manfaat yang diperoleh melalui hubungan baik pemimpin-pemimpin negara di dunia.
5. Kelebihan orang yang menguasai pelbagai ilmu.

Kertas Bahasa Melayu 2:

Soalan 1: Rumusan - Kesan pemanasan global dan sebab-sebab masyarakat kurang mengambil berat terhadap fenomena ini.

Soalan 2: (Soalan Pemahaman KOMSAS)

2 (b) Petikan drama - Serunai Malam

2 (c) Petikan prosa klasik - Asal Usul Raja Kecil

2 (d) Petikan sajak - Derita Pertama


Soalan 3: Pengetahuan & Kemahiran Bahasa

3 (a) Tulis satu ayat bagi perkataan-perkataan - atlet, baucar, ilustrasi, katalog, kontrak, pakej.

3 (b) Tukar dialog dalam bentuk cakap pindah.

3 (c) Mengenal pasti tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan penggunaan imbuhan.

3 (d) Mengenal pasti satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa.

3 (e) Berikan maksud peribahasa:

- Bagai lebah menghimpunkan madu
- Seperti si buta baru celik
- Kemenyan sebesar lutut; jika tidak dibakar, tidak akan berbau.

Soalan 4 - Novel:

4 (a) Dua peristiwa yang menunjukkan kepincangan yang berlaku dalam masyarakat.

4 (b) Satu latar masyarakat dalam dua buah novel.

12 ulasan:

  1. Assalamualaikum Tn Hj,
    Lega rasanya kerana beberapa teks yang agak mudah seperti Lambaian Malar Hijau dan Annyss Sophillea masih belum digunakan. Begitu juga teks syair kelebihan ilmu dan jalan jalan raya kotaku. Semoga soalan SPM november ini menepati seperti apa yang kita jangkakan.

    BalasPadam
  2. salam tuan..saya perlukan kertas soalan peperiksaan ulangan jun bahasa melayu tahun 2009...boleh tuan bantu saya..kalau ada sila email ke mnasirssp@gmail.com...usaha tuan amat saya hargai demi kejayaan anak-anak bangsa tercinta...

    BalasPadam
  3. spm ulangan 2011 untuk bahagian komsas maggunakan novel baru/lama???

    BalasPadam
  4. blh minta bantuan..spm ulangan 2011 untuk bahagian komsas mggunakan novel baru/lama??? bleh tlg bagitahu sy?? lailasyaqira@ymail.com,,, emel kn sy .

    BalasPadam
  5. sudah pastilah spmu 2011 menggunakan teks antologi dan novel yang lama.

    BalasPadam
  6. salam. tuan, boleh saya tahu berapa patah perkataan yang perlu di tulis untuk kertas 1 dan rumusan di kertas 2. terima kasih :)

    BalasPadam
  7. salam boleh bg andaian bg soalan spm bahasa melayu ulangan tahun 2012? bleedoct@yahoo.com.my

    BalasPadam
  8. salam, boleh bgtahu soalan spm bahasa melayu ulangan thn 2012..boleh tlg bgtahu sy akuweil37@gmail.com

    BalasPadam
  9. rase2nya soalan SPMU 2012 masuk komsas yg lame ke baru yer... confius!!!

    BalasPadam
  10. salam, bleh bagi tip apa yg kluar pada spmu 2012. Terima kasih. Ysiang90@gmail.com

    BalasPadam
  11. salam, bleh bagi tip apa yg kluar pada spmu utk kertas 1 & kertas 2 2012. Terima kasih.

    BalasPadam
  12. Salam tuan, boleh saya minta jasa baik tuan tolong email koleksi soalan karangan bm bahagian A 2009 -2013 ? dan peperiksaan spm ulangan 2014 .. minnymira97@gmail.com ....terima kasih banyak2 jasa baik tuan amat saya hargaiiii..

    BalasPadam