Jumaat, 5 Februari 2016

PROGRAM JERAYAWARA BAHASA PERTAMA SESI 2016 - SMK BANDAR BARU SALAK TINGGI











TARIKH: 3 FEBRUARI 2016 (RABU)
MASA : 8.00 PAGI - 1.45 TENGAH HARI
TEMPAT: DEWAN MAKAN ASRAMA SMKBBST
Alhamdulillah..usaha berjerayawara yang pertama sebagai pembuka tirai Program Jerayawara Bahasa sesi 2016 di SMK Bandar Baru Salak Tinggi. Terima kasih yang tidak terhingga kepada Ketua Panitia, Cikgu Hamizah Yeop Yahya yang telah mengundang saya untuk mengendalikan program tersebut khususnya kepada bakal calon SPM 2016 sebanyak dua kumpulan dari jam 8.00 pagi hingga 1.45 tengah hari di Dewan Makan Asrama. Tidak ketinggalan juga terima kasih kepada Cikgu Masturah Ahmad dan Cikgu Rosita dari SMK Sungai Pelek yang turut serta. Tahniah dan syabas kepada kedua-dua kumpulan pelajar yang terlibat. Semoga kalian mendapat suntikan semangat bagi mengorak langkah untuk mencapai kejayaan cemerlang, sekali gus menguasai teknik menjawab kertas Bahasa Melayu SPM kelak.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan