Rabu, 24 September 2014

MENJELANG PEPERIKSAAN SPM - FOKUS ISU 2

ISU KARANGAN YANG PERLU DIFOKUSKAN - 2

Kempen Beli Barangan Buatan Malaysia yang dilancarkan pada 1984 oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad seolah-olah mendapat nafas baharu apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa rakyat membeli produk tempatan bagi mengukuhkan jenama Malaysia. Selama 26 tahun kempen itu dilancarkan, sebelum ini seperti tidak mendapat sambutan lantaran sikap rakyat negara ini terutama golongan pertengahan dan atasan yang menyanjung tinggi jenama luar negara. Sikap yang merugikan itu membuatkan kempen berkenaan terpaksa dihidupkan berkali-kali termasuklah pada pertengahan Januari tahun 2009 menerusi tindakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK). Dengan kata lain, usaha mengaktifkan kempen tersebut semula jelas dapat menguji rasa kekitaan sebagai rakyat yang prihatin terhadap setiap usaha kerajaan, selain banyak lagi kepentingannya kepada pelbagai pihak. 

*** Sila rujuk artikel 12 selanjutnya yang berjudul "Kepentingan Kempen Beli Barangan Malaysia" dalam buku KRU 5 (terbaharu)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan