Isnin, 25 Mac 2013

PROGRAM JERAYAWARA BAHASA DI SMK FELDA PURUN




Tarikh: 23 Mac 2013 (Sabtu)
Masa : 8.30 pagi - 1.30 tengah hari
Tempat: Bilik Kuliah SMK Felda Purun, Triang, Pahang

Terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada Pengetua SMK Felda Purun, Puan Hjh. Sapiah Abd. Jalil kerana memberi ruang kepada saya untuk mengendalikan program tersebut buat julung-julung kali. Tidak ketinggalan juga kepada Guru Kanan Bahasa Melayu, Ketua Panitia, guru-guru Bahasa Melayu dan para pelajar yang terbabit menjayakan program tersebut dari awal hingga akhir. Syabas dan tahniah atas komitmen kalian meskipun program tersebut diadakan pada awal cuti pertengahan semester pertama. Semoga semangat yang berkobar-kobar untuk menimba ilmu dapat diteruskan sehingga menjelang SPM kelak dan segala input yang disampaikan dapat dimanfaatkan sepenuhnya bagi meraih kecemerlangan yang luar biasa. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan