Selasa, 10 Julai 2012

PROGRAM JERAYAWARA BAHASA DI SMK SERI TANJONG





Tarikh: 9 Julai 2012 (Isnin)
Masa : 12.30 tengah hari - 3.30 petang
Tempat: Dewan Besar SMK Seri Tanjong, Melaka

Terima kasih kepada Cikgu Khalid Haji Bujang yang memberi ruang dan kesempatan untuk saya mengendalikan Program Jerayawara Bahasa tahun ini bersama-sama pelajar SMK Seri Tanjong yang bakal menghadapi peperiksaan SPM 2012. Tidak ketinggalan terima kasih kepada Cikgu Mohamad Adil Fitri (Kaunselor) dan guru-guru Bahasa Melayu yang turut memberi kerjasama yang baik sepanjang program tersebut berlangsung selama hampir tiga jam. Semoga kalian mendapat panduan dan suntikan semangat baharu untuk terus berusaha mencipta kejayaan cemerlang dalam peperiksaan SPM kelak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan