Ahad, 10 Jun 2012

RENCANA 121: ULASAN SAJAK "SEORANG INSAN ISTIMEWA"



Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Begitulah kata-kata yang sesuai bagi menggambarkan keperitan hidup golongan istimewa atau golongan kelainan upaya dalam meneruskan kehidupan harian mereka. Oleh itu, fokus perbincangan dalam makalah bulan ini tertumpu pada sajak Seorang Insan Istimewa, nukilan Natasya Puteri dalam antologi Harga Sebuah Lukisan yang dipelajari di tingkatan tiga. Secara umumnya, golongan istimewa ini walaupun mereka dilahirkan tidak seperti insan normal lain, namun mereka perlu diberi perhatian dan pembelaan kerana mereka juga mempunyai keistimewaan tersendiri yang kadangkala lebih baik daripada insan normal. Masyarakat tidak boleh membezakan golongan itu dengan insan lain kerana layanan perlu diberi sama rata. Tidak dinafikan, golongan istimewa atau orang kelainan upaya sering kali mendapat perhatian dan keprihatinan masyarakat di negara ini. Namun demikian, mungkin banyak pihak yang tidak sedar bahawa golongan istimewa ini memerlukan ruang dan kemahuan tersendiri untuk meneruskan kelangsungan hidup mereka yang serba kekurangan. 
Ikutilah rencana saya selanjutnya dalam majalah Dewan Siswa, keluaran Jun 2012.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan