Isnin, 23 Januari 2012

PROGRAM JERAYAWARA BAHASA PERTAMA DI SMK MALIM





Program Jerayawara Bahasa pertama bagi tahun ini bermula di SMK Malim, Melaka pada 20 Januari 2012, bersamaan hari Jumaat, iaitu minggu ke-3 sesi persekolahan 2012 bertempat di surau sekolah. Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada semua guru khususnya Puan Rosnah (GKMP Bahasa), Puan Mawar, guru-guru, dan murid-murid SMK Malim yang terlibat dalam program tersebut yang bermula dari 3.00 - 5.45 petang. Syabas kepada semua pihak yang terlibat dan bersemangat untuk mengadakan program tersebut. Semoga semangat yang berkobar-kobar ini akan berkekalan sehingga menjelang peperiksaan SPM tahun ini. Terima kasih juga kepada murid-murid yang membeli buku-buku Koleksi Rencana Umum (Jilid 1, 2 & 3) dan semoga dapat dimanfaatkan untuk menguasai kertas Bahasa Melayu dengan cemerlang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan