Khamis, 5 Mei 2011

KONVENSYEN GURU-GURU BAHASA MELAYU SMT & SMV NEGERI PERAK





Terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Hj. Mokhtar b. Hj. Zakaria, Pengetua SM Vokasional Lebuh Cator, Ipoh kerana memberi kesempatan kepadaku untuk menyampaikan ceramah tentang Teknik Pengajaran Bahasa Melayu kepada semua guru Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional sekitar semua daerah Perak dalam Konvensyen Guru-guru Bahasa Melayu SMT dan SMV negeri Perak kali kedua. Slot kedua disampaikan oleh rakanku, Dr. Ghazali Lateh tentang Teknik Penulisan. Konvensyen ini diadakan pada 4 Mei 2010 (Rabu) bertempat di Hillcity Hotel, Ipoh. Semoga perkongsian maklumat sepanjang konvensyen ini dapat dimanfaatkan oleh semua pihak yang terlibat.

1 ulasan:

  1. Assalamualaikum, saya Cikgu Wanzu salah seorang peserta dalam konvensyen tersebut. Slot yang diberikan oleh tuan sangat bermakna bagi saya dan banyak input baru yang saya perolehi. Sekalung budi dan terima kasih kepada pihak tuan.

    BalasPadam