SELAMAT DATANG KEPADA SEMUA PENGUNJUNG DAN PENCINTA BAHASA..SAMA-SAMA KITA BERPEGANG TEGUH PADA PRINSIP MEMBIASAKAN YANG BETUL DAN MEMBETULKAN YANG BIASA.
Khamis, 25 November 2010
KESAN PROGRAM 1 HARI 1 RENCANA MENJELANG SPM
Alhamdulillah..cikgu berasa cukup gembira kerana "Program 1 Hari 1 Rencana Menjelang SPM" yang disiarkan melalui blog cikgu (www.munsyibm.blogspot.com) sebanyak 21 siri benar-benar dapat membantu calon SPM 2010 menjawab kertas Bahasa Melayu . Hal ini demikian kerana ada antara rencana tersebut dapat menjawab soalan yang diajukan. Syukur..
Rencana Siri ke-5 yang disiarkan yang disiarkan dalam Program 1 Hari 1 Rencana Menjelang SPM bertarikh 6 Nov. 2010 dalam blog cikgu dapat membantu calon SPM menjawab soalan Bahagian A: "Cara-cara Menjalani Kehidupan Yang Sihat".
Rencana Siri ke-18 yang disiarkan dalam Program 1 Hari 1 Rencana Menjelang SPM bertarikh 19 Nov. 2010 dalam blog cikgu dapat membantu calon SPM menjawab soalan 3 - "Huraikan peranan setiap rakyat Malaysia dalam menjamin kesejahteraan negara sebagaimana yang dihasratkan dalam lirik lagu Negara".
Rencana Siri ke-10 dalam Program 1 Hari 1 Rencana Menjelang SPM bertarikh 11 November turut membantu calon SPM 2010 untuk menjawab soalan 3 Bahagian B. Alhamdulillah... "Anda baca anda dapat" benar-benar dapat menepati slogan cikgu tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan