Selasa, 5 Oktober 2010

KERTAS BAHASA MELAYU PMR 2010

Alhamdulillah..kertas Bahasa Melayu peringkat Penilaian Menengah Rendah sudah pun berlalu sejak pagi tadi bermula dengan kertas Bahasa Melayu 1 pada jam 8.10 - 9.10 pagi dan diikuti dengan kertas Bahasa Melayu 2 pada jam 9.50 - 11.50 pagi. Berikut dikemukakan ringkasan soalan yang diajukan dalam kedua-dua kertas tersebut:

Kertas Bahasa Melayu 02/1:

Soalan 1 - 30 : soalan tatabahasa
Soalan 31 - 35 : petikan Komsas - Drama Adik Berjasa, antologi Anak Bumi Tercinta, Tingkatan 3
Soalan 36 - 40 : petikan puisi tradisional - Pantun Nasib, antologi Anak Bumi Tercinta, Tingkatan 3

Kertas Bahasa Melayu 02/2:

Bahagian A (i): Ringkasan - Kepentingan sukan dalam meningkatkan kecemerlangan murid.

Bahagian A (ii)
: Tiga soalan pemahaman

Bahagian B : Karangan bahan rangsangan - Kesan kegiatan pembalakan secara tidak terkawal.

Bahagian C: Karangan respons terbuka

1. Anda telah menyaksikan persembahan kebudayaan yang diadakan di tempat tinggal anda. Ceritakan acara-acara yang dipersembahkan dalam persembahan kebudayaan tersebut.
2. Ibu bapa merupakan insan yang disayangi. Jelaskan perkara-perkara yang patut anda lakukan sebagai bukti bahawa anda menyayangi mereka.
3. Anda akan menyertai pertandingan syarahan yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Tajuk syarahan anda ialah 'Muafakat Membawa Berkat'. Sediakan teks syarahan anda selengkapnya.
4. Sektor pelancongan memberi sumbangan besar kepada ekonomi negara. Huraikan usaha yang perlu dilakukan untuk memajukan sektor pelancongan di negara kita.
5. Anda telah membaca sebuah cerpen yang menarik. Tulis pendapat anda tentang cerpen tersebut.

Bahagian D: Berdasarkan satu daripada novel yang disenaraikan, nyatakan tiga contoh peristiwa yang berkaitan dengan nilai yang ditetapkan bagi setiap novel tersebut:

Novel: Kanang Cerita Seorang Pahlawan, karya Maznan Nordin - Nilai kegigihan.
Novel: Panas Salju, karya Talib Samad - Nilai kasih sayang
Novel: Merdeka! Merdeka!, karya A. Rahman Hanafiah - Nilai kegigihan
Novel: Ekspedisi, karya Mohd. Ghazali Tocheh - Nilai kegigihan

1 ulasan:

  1. soalan karangan respons terbuka agak susah! Di luar dugaan!

    BalasPadam