Jumaat, 2 April 2010

JERAYAWARA BAHASA 20: SMK CONVENT, KAJANG (JB - Ke-3)




Terima kasih tidak terhingga saya ucapkan kepada Tuan Pengetua, Puan Aida Zakaria, guru,-guru, dan pelajar SMK Convent, Kajang kerana bersama-sama saya dalam Program Jerayawara Bahasa ke-3 pada pagi ini bermula jam 8.30 pagi. Tidak ketinggalan saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Saudara Mohd. Azman, Penolong Editor FOKUS SPM dan rakan-rakannya dari Kumpulan Karangkraf kerana turut serta dalam program tersebut serta mengedarkan majalah FOKUS SPM dan E@Siswa kepada semua pelajar yang hadir. Pada keseluruhannya, penglibatan aktif pelajar SMK Convent sepanjang program saya sangat membanggakan. Semoga kalian mendapat manfaat daripada apa-apa yang disampaikan.

2 ulasan:

  1. assalamualaikum..
    saya salah seorang pelajar smk Convent Kajang...
    Apa yg tuan sampaikan amat bermakna dan memberi banyak pengajaran untuk saya skor A+ dlm pelajaran bahasa melayu....setiap video yg ditayang memberi pengajaran agar kami trs berusaha...harap tuan dapat hadir lagi ke sekolah kami untuk tahun 2011....terima kasih saya ucapkan...dan maaf jika sepanjang tuan memberi ceramah ada pelajar yang bercakap dan tidur...

    BalasPadam
  2. walaikumussalam...terima kasih dan saya doakan semoga hasratmu untuk mencapai A+ dalam mata pelajaran Bahasa Melayu menjadi kenyataan. Teruskan usaha dan sentiasa istiqamah.

    BalasPadam