Rabu, 29 Jun 2011

PROGRAM JERAYAWARA BAHASA DI SMK TUN TIJAH, MELAKA



u
Tarikh: 26 Jun 2011 (Ahad)
Masa : 8.00 - 11.30 pagi
Tempat: Kem Pengakap Negeri Melaka, Bukit Katil
Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam program tersebut.

PROGRAM JERAYAWARA BAHASA DI SMK AGAMA MAAHAD MUAR





Tarikh: 25 Jun 2011 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi - 12.30 tengah hari
Tempat: Dewan SMK Agama Maahad Muar
Terima kasih kepada sahabat saya Cikgu Mastura Idris, Puan Aini, Cikgu Jasimah (sahabat lama UPM) yang turut hadir, serta para pelajar yang terlibat dalam program tersebut.

Khamis, 23 Jun 2011

PROGRAM JERAYAWARA BAHASA DI SBPI GOMBAK, KUALA LUMPUR



Tarikh: 19 Jun 2011 (Ahad)
Masa : 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari
Tempat: Dewan SBPI Gombak
Terima kasih kepada Cikgu Mohd. Norhisam dan Puan Mastura kerana memberi ruang untuk saya mengendalikan program tersebut. Tidak ketinggalan juga syabas diucapkan kepada semua peserta yang terlibat kerana memberi komitmen dan penyertaan yang sangat aktif dan semoga kalian memberi manfaat daripadanya, serta kekal berada di puncak kejayaan.

Jumaat, 17 Jun 2011

KERTAS BM 1 SPMU - ISU PENGANGKUTAN AWAM


Kertas Bahasa Melayu 1 SPMU Bahagian A tempoh hari secara kebetulan mirip soalan Peperiksaan Percubaan SPM - Kertas Bahasa Melayu 1 yang disiarkan dalam majalah FOKUS SPM, keluaran Oktober 2010.

Rabu, 8 Jun 2011

PROGRAM JERAYAWARA BAHASA DI KEM TERENDAK


i

Tarikh: 7 Jun 2011 (Selasa)
Masa : 8.00 pagi - 12.30 tengah hari
Tempat: Dewan Perwira, Kem Terendak
Terima kasih kepada Mejar Mohd. Hilmi dan Encik Azizi dari Pusat Pendidikan Wilayah Markas 3 Divisyen, Kem Terendak kerana memberi kesempatan untuk saya mengendalikan program tersebut bersama-sama anggota tentera daripada Kem Terendak Melaka, Kuantan dan Negeri Sembilan.

PROGRAM JERAYAWARA BAHASA & SUNTIKAN A+ SPM



Tarikh: 5 Jun 2011 (Ahad)
Masa: 10.00 pagi - 12.30 tengah hari
Tempat: Bilik Seminar Hotel Seri Malaysia, Ayer Keroh, Melaka
Terima kasih kepada Encik Kamaruddin Abu Bakar kerana memberi kesempatan kepada saya untuk mengendalikan program tersebut anjuran usaha sama Petronas dan Jabatan Pelajaran Melaka.

Jumaat, 3 Jun 2011

BUKU KOLEKSI RENCANA UMUM JILID 1 SUDAH TERBIT !!!



PESANAN UNTUK MEMILIKI BUKU TERSEBUT DIBUKA SEKARANG DENGAN HARGA RM10.00 (RINGGIT MALAYSIA SEPULUH SAHAJA) oleh sesiapa sahaja yang berminat dan termasuk belanja pos seperti berikut:

1. Semenanjung Malaysia = RM10 + RM7 = RM17.00

2. Sarawak = RM10 + RM10 = RM20.00

3. Sabah = RM10 + RM11 = RM21.00

Bayaran boleh dibuat melalui cara-cara yang berikut:

1. Masukkan wang ke dalam akaun Maybank - 1040 6809 6289 atas nama SAMAT BIN BUANG.

2. Selepas dimasukkan ke dalam akaun tersebut, sila maklumkan kepada saya menerusi SMS melalui talian 013 6840757 atau e-mel berikut:

(a) tampan88@yahoo.com
atau
(b) tampan88@streamyx.com

3. Seterusnya sila SMSkan alamat yang tepat untuk penghantaran buku tersebut.

4. Pembelian secara pukal juga digalakkan terutamanya kepada mereka yang tinggal di kawasan berhampiran.

Kerjasama daripada anda saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.


RENCANA 84: OBESITI MURID PERLU PEMANTAUAN SERIUS


Ikutilah rencana saya selanjutnya dalam majalah FOKUS SPM, keluaran Jun 2011. Selamat membaca !!!

RENCANA 83: LATIH TUBI SOALAN PEMAHAMAN KOMSAS

Ikutilah rencana saya selanjutnya dalam majalah FOKUS SPM, keluaran Jun 2011. Selamat membaca !!!

RENCANA 82: LATIH TUBI SOALAN RUMUSAN & PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN BAHASA

Ikutilah rencana saya selanjutnya dalam majalah FOKUS SPM, keluaran Jun 2011. Selamat membaca!!!

Rabu, 1 Jun 2011

PROGRAM JERAYAWARA BAHASA DI SMJK PULAU SEBANG




Tarikh: 30 Mei 2011
Masa: 8.00 - 10.30 pagi
Tempat: SMJK Pulau Sebang, Tampin
Terima kasih kepada semua guru dan murid yang terlibat dalam program tersebut.

Isnin, 30 Mei 2011

PROGRAM JERAYAWARA BAHASA DI SMK MALIM, MELAKA




Tarikh: 30 Mei 2011 (Isnin)
Masa : 8.15 - 11.00 pagi
Tempat: Surau SMK Malim
Terima kasih kepada semua guru dan murid yang terlibat dalam program tersebut. Semoga kalian mendapat manfaat daripada perkongsian ilmu yang disampaikan.

Ahad, 29 Mei 2011

PROGRAM JERAYAWARA BAHASA DI SMK AGAMA PEDAS, NEGERI 9






Tarikh: 29 Me1 2011 (Ahad)
Masa: 10.00 pagi
Tempat:
Dewan An Nur SMKA DAHAS

Terima kasih kepada Puan Rosiah Othman yang memberi kesempatan kepada saya untuk mengendalikan porgram tersebut. Tidak ketinggalan juga semua guru dan murid, serta peserta daripada SMK Rantau yang turut serta dalam program tersebut. Semoga anda memperoleh kejayaan cemerlang.

Khamis, 26 Mei 2011

BUKU KOLEKSI RENCANA UMUM JILID 1 BAKAL TERBIT !!!

Kulit Depan

Kulit Belakang

Buku saya sendiri berjudul "Koleksi Rencana Umum" Jilid 1 untuk rujukan karangan SPM dan STPM bakal terbit dalam masa yang terdekat. Buku yang mengandungi 25 artikel bagi setiap jilid setebal 100 halaman lebih yang sedang dicetak oleh pencetak tersohor di Melaka. Pesanan boleh dibuat terus melalui saya sendiri. Harga dan cara-cara pesanan akan dimaklumkan sebaik-baik sahaja saya menerima buku tersebut...Tunggu !!!!
Keterangan lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Rabu, 25 Mei 2011

JADUAL PROGRAM JERAYAWARA BAHASA MEI & JUN

Sepanjang cuti penggal persekolahan dan selepas cuti sekolah dibuka berikut adalah sebahagian daripada jadual Program Jerayawara Bahasa saya sepanjang bulan Mei dan Jun:

BULAN MEI

1. SMK Agama Pedas, Negeri Sembilan - 29 Mei 2011 (Ahad) - 10.30 pagi - 1.00 petang

2. SMK Malim, Melaka - 30 Mei 2011 (Isnin) - 8.00 - 11.00 pagi

3. SMJK Pulau Sebang, Tampin - 31 Mei 2011 (Selasa) - 8.00 - 10.00 pagi

BULAN JUN

4. Hotel Seri Malaysia Ayer Keroh Melaka - 5 Jun 2011 (Ahad) - 10.00 pagi - 12.30 tengah

5. Dewan Perwira Kem Terendak (Kumpulan ATM Zon Selatan) - 7 Jun 2011 (Selasa) - 8.30 pago - 12.30 tengah hari.

6. SBPI Gombak, Kuala Lumpur - 9 Jun 2011 (Ahad) - 8.00 pagi - 2.00 petang

7. SMK Lepar Hilir, Kuantan - 24 Jun 2011 (Jumaat) - 8.00 - 12.15 tengah hari

8. SMK Tun Tijah, Melaka - 26 Jun (Ahad) - 8.00 - 10.30 pagi

Isnin, 16 Mei 2011

KAEDAH BAHARU KENAIKAN PANGKAT GURU

16/05/2011 3:46pm

KUCHING 16 Mei – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kaedah baru kenaikan pangkat khusus kepada guru dengan mengkategorikan mereka mengikut empat lapisan jawatan iaitu Guru Biasa, Guru Kanan, Guru Wibawa dan Pendeta Guru. Katanya, empat lapisan jawatan itu akan membolehkan peningkatan ke gred yang lebih tinggi berdasarkan kecemerlangan.

"Melalui konsep Guru Wibawa dan Pendeta Guru ini, laluan kerjaya guru dalam bidang pengajaran dan pembelajaran akan diperluaskan sehingga mencapai ke Gred 54 dalam tempoh perkhidmatan 25 tahun dengan memenuhi tahap kecemerlangan serta syarat-syarat lain yang ditetapkan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pendidikan," katanya dalam rakaman video yang ditayangkan pada sambutan Hari Guru Kebangsaan, di sini hari ini.

Perdana Menteri mengumumkan, semua guru yang menunjukkan kecemerlangan terkemuka mutunya seperti ditetapkan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pendidikan boleh mencapai Gred Khas C dan ke atas sebelum bersara. Katanya lagi, bagi guru-guru yang tidak dinaikkan pangkat ke Gred Khas, mereka masih berpeluang menikmati pergerakan gaji tahunan.

"Untuk ini, kerajaan bersetuju menambahkan lagi jawatan Gred Khas C bagi laluan pengajaran dan pembelajaran sebanyak 100 peratus dengan menambah sebanyak 72 jawatan berbanding 36 jawatan sedia ada di bawah konsep Guru Wibawa dan Pendeta Guru," katanya. Najib juga mengumumkan, kerajaan bersetuju menaikkan gred jawatan semua pengetua sekolah menengah Gred DG48 ke Gred DG52 yang melibatkan 1,228 jawatan. Katanya, semua guru penolong kanan (GPK) pentadbiran, hal ehwal akademik dan kokurikulum sekolah menengah Gred DG44 dinaikkan ke Gred DG48 dan ini melibatkan 6,585 jawatan.

"Seterusnya, semua GPK pentadbiran, hal ehwal akademik dan kokurikulum di sekolah rendah kluster dinaikkan dari Gred DGA32 ke Gred DGA34 yang melibatkan 99 jawatan," katanya. -

Sumber : Utusan Malaysia