Ahad, 30 Mei 2010

JERAYAWARA BAHASA: SMK PADANG BESAR UTARA





Tarikh: 27 Mei 2010 Masa : 8.30 - 1.00 tgh hari
Terima kasih kepada Pengetua, Tuan Hj. Ismail (GPK Koku), Puan Rohaidah, guru-guru Bahasa Melayu dan para pelajar SMK Padang Besar Utara kerana terlibat dalam program Jerayawara Bahasa kali ini. Secara kebetulan program ini diadakan ketika saya ke Jitra untuk menjemput anak yang tamat belajar di Polimas.

Selasa, 25 Mei 2010

JERAYAWARA BAHASA: SMK DATO' HAJI ABDUL SAMAD



Tarikh: 8 Mei 2010
Hari : Sabtu
Masa: 2.00 petang
Terima kasih kepada Cikgu Azmi, Cikgu Shamsul, dan semua pelajar yang terlibat.

JERAYAWARA BAHASA: SM PERSENDIRIAN CHONG HUA, PORT DICKSON


Tarikh: 5 Mei 2010
Jam : 8.30 pagi

JERAYAWARA BAHASA: SMK INFANT JESUS CONVENT


Tarikh: 6 Mei 2010
Jam : 2.30 petang

JERAYAWARA BAHASA: SMK KEM TERENDAK


Jerayawara Bahasa seterusnya di SMK Kem Terendak, Melaka pada 24 April yang lalu.

JERAYAWARA BAHASA: MRSM KEM TERENDAK




Terima kasih diucapkan kepada Puan Zuraidah Zulkeflee dan guru-guru Bahasa Melayu kerana memberi kesempatan untuk saya menyampaikan jerayawara bahasa di MRSM Kem Terendak pada 17 April 2010 yang lalu.

Sabtu, 15 Mei 2010

SELAMAT HARI GURU 2010



Cantik dikena dokoh suasa,
Tidak perasan kancingnya karat;
Guru pembina negara bangsa,
Mendidik insan dunia akhirat.

TERIMA KASIH CIKGU!

Selamat Hari Guru kepada semua guru dan pelajar yang pernah mengikuti Program Jerayawara Bahasa di seluruh negara, serta sesiapa sahaja yang bergelar "guru" sama ada yang masih berkhidmat mahupun yang sudah bersara. Jasamu sentiasa dikenang.

Isnin, 10 Mei 2010

KOMSAS 25: SOALAN LATIH TUBI KOMSAS - PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN

Berikut disertakan tiga petikan soalan pemahaman KOMSAS untuk membolehkan pelajar membuat latih tubi:

2 (b) - Soalan Petikan Prosa Moden

2 (c) - Soalan Petikan Prosa Klasik

2 (d) - Soalan Petikan Puisi

Ikuti rencana tersebut selanjutnya di dalam majalah FOKUS SPM, keluaran Mei 2010.

SEGMEN BAHASA 18: MENULIS KARANGAN BERTEMA

Soalan Bahagian A lazimnya terdiri daripada satu soalan yang berkaitan dengan bahan rangsangan seperti gambar foto, gambar rajah, ilustrasi kartun, pelan, iklan, petikan dan catatan berdasarkan tema atau isu yang ditetapkan. Sebagai contoh, soalan SPM 2009 mengemukakan tema “Aktiviti Badan Beruniform Serta Faedahnya”, dengan mengemukakan tiga ilustrasi gambar berwarna yang menggambarkan aktiviti badan beruniform. Berdasarkan ilustrasi tersebut calon dikehendaki mengemukakan pendapat mereka tentang “faedah-faedah yang diperoleh apabila kita menyertai badan beruniform dengan mengambil kira tiga isi yang telah ditetapkan. Isi-isinya terdiri daripada ketahanan mental dan fizikal; semangat kerjasama dan pembentukan disiplin; dan pengetahuan asas bantuan kecemasan, yang digambarkan melalui ilustrasi gambar yang dikemukakan. Dengan kata lain, berdasarkan ilustrasi tersebut calon hanya perlu mengolah dan mengembangkan isi yang dikemukakan. Selain itu, markah yang diperuntukkan untuk karangan jenis ini ialah 30 markah dan masa yang dicadangkan bagi menjawabnya ialah 45 minit.

* Pada penghujung rencana tersebut, pelajar berpeluang membuat latih tubi atau menulis karangan bertema yang ditetapkan.

Ikuti rencana tersebut selanjutnya di dalam majalah FOKUS SPM, Mei 2010.

Jumaat, 7 Mei 2010

RENCANA UMUM 27: MENGUKUHKAN PERPADUAN AGENDA UTAMA NEGARA







Manusia dikenali sebagai makhluk yang bermasyarakat. Kehidupan bermasyarakat merupakan prinsip atau konsep kehidupan umat manusia yang terpenting. Corak kehidupan individualistik yang terlalu mementingkan diri dan kelompok adalah bertentangan dengan ajaran agama. Bagi membentuk satu masyarakat yang aman dan harmoni, agama Islam khususnya dan agama lain menyeru umatnya supaya mengamalkan konsep kehidupan yang bercirikan jujur, toleransi, memahami antara satu sama lain secara mendalam bersabar, pemurah, lemah-lembut, dan bersatu padu dalam mengendalikan hal ehwal kemasyarakatan dan kenegaraan. Tegasnya, perpaduan adalah unsur penting yang menjadi prasyarat kepada keharmonian dan kesejahteraan hidup masyarakat majmuk di negara kita. Justeru, usaha membina dan memelihara perpaduan menjadi agenda utama setiap pucuk pimpinan negara yang silih berganti. Di negara kita, usaha mencapai integrasi nasional dilaksanakan dalam pelbagai bentuk seperti integrasi wilayah, sosial, pendidikan, kebudayaan, ekonomi dan politik.

Ikuti rencana saya selanjutnya di dalam majalah E@Siswa, keluaran Mei 2010.

RENCANA UMUM 26: GURU: ANTARA PERANAN DAN INSENTIF

Guru merupakan antara profesion yang paling tua di dunia. Guru merupakan aset terpenting dalam dunia pendidikan hari ini. Mereka boleh dianggap wira negara dalam menentukan hala tuju pendidikan dan kemajuan rakyat khususnya kepada para pelajar. Tanpa guru, tidak akan ada doktor, jurutera, peguam, saintis, tokoh korporat yang kesemuanya menjadi pemangkin pembangunan di sesebuah negara. Gurulah yang mendidik kita untuk membezakan antara jahil dan berilmu. Jika tidak, alif pun disangka batang kayu. Pada zaman dahulu, apabila disebut sahaja profesion perguruan semua orang hormat. Murid-murid tidak berani membantah jauh sekali melawan guru atau menyingsing lengan. Zaman sudah berubah dan profesion perguruan satu ketika dahulu melambangkan status yang tinggi dalam masyarakat, tetapi kini menjadi antara pilihan terakhir dalam senarai pemohon. Walau apa-apa pun tanggapan umum tentang profesion perguruan, peranan yang dimainkan oleh para guru sejak zaman sebelum merdeka sehingga sekarang masih amat signifikan dalam apa-apa jua keadaan, suasana, dan tempat. Dengan kata lain, guru tetap setia dan masih berperanan mencurahkan ilmu dan menggilap pekerti anak didiknya, meskipun terpaksa menghadapi pelbagai cabaran, harapan, dan kemungkinan termasuk pengiktirafan.

Ikuti rencana saya selanjutnya di dalam majalah FOKUS SPM, keluaran Mei 2010

Isnin, 19 April 2010

LAGU SELOKA PAK KADUK


Aduhai malang Pak Kaduk,
Ayamnya menang kampung tergadai,
Ada
nasi dicurahkan,
Awak pulang kebuluran,
Mudik menongkah surut,
Hilir menongkah pasang,
Ada isteri dibunuh,
Nyaris mati oleh tak makan,
Masa belayar kematian angin,
Sauh dilabuh bayu berpuput,
Ada rumah bertandang duduk,


Ahad, 18 April 2010

JERAYAWARA BAHASA 23: SMK TAMAN JASMIN 2, KAJANG (JB: KE-6)





Saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pelajar dan guru SMK Taman Jasmin 2, Kajang yang terlibat dalam program Jerayawara Bahasa saya pada 15 April Melaka (Khamis) yang bermula jam 8.00 pagi sehingga jam 1.00 tengah hari. Tidak ketinggalan jutaan terima kasih kepada Pengetua (Pn. Norbayah bt. Ishak), Kaunselor (Pn. Naemah), GKPM Bahasa, guru-guru Bahasa Melayu khususnya Cg. Liza, dan kedua-dua kumpulan pelajar yang menunjukkan komitmen yang tinggi sepanjang program tersebut. Mudah-mudahan segala yang disampaikan dapat dimanfaatkan oleh seluruh warga SMK Taman Jasmin 2 sekali gus dapat memartabatkan Bahasa Melayu di tempat yang sewajarnya. Terima kasih daun keladi, ada umur tahun depan jumpa lagi.

Khamis, 8 April 2010

JERAYAWARA BAHASA 22: SMK MUNSHI ABDULLAH, MELAKA (JB - Ke-5)



Jutaan terima kasih diucapkan kepada Tuan Pengetua SMK Munshi Abdullah, Melaka, Encik Md. Ali Saed, Cikgu Charlie, Cikgu Sulaiman, Cikg Ramli Jilis, dan kaunselor kerana memberi ruang dan peluang untuk saya menyampaikan ceramah dalam program Jerayawara Bahasa ke-5 pada 6 April 2010 (Selasa) yang lalu. Tahniah dan syabas juga kepada semua pelajar yang mengambil bahagian dalam program tersebut dan memberi kerjasama yang cukup baik sepanjang program tersebut berlangsung. Semoga kalian semua mendapat manfaat dan kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM pada penghujung tahun ini.

Ahad, 4 April 2010

RENCANA UMUM 25: BUANG BAYI: TANGANINYA DENGAN LEBIH SERIUS.


Sebenarnya, banyak sekali punca yang menyebabkan berlakunya masalah buang bayi ini. Jika kita serius untuk menangani masalah ini, maka setiap daripada kita harus bertindak dengan bersungguh-sungguh. Tidak guna kita mengalirkan air mata kecewa tanpa ada tindakan konkrit yang dilakukan. Semua pihak tidak kira status dan pangkat harus bekerjasama dalam menangani masalah ini. Pihak kerajaan, media, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), karyawan, guru-guru, dan ibu bapa haruslah berusaha untuk membendung masalah pergaulan bebas ini. Pelbagai pandangan dan saranan dikemukakan oleh pihak yang prihatin dengan masalah ini. Memang tidak dapat dinafikan bahawa terdapat pelbagai langkah yang boleh kita sama-sama fikirkan dan laksanakan. Namun, jika kita hanya bersedih dan berpeluk tubuh hari ini, esok atau mungkin satu hari nanti anak cucu kita yang akan jadi mangsanya.

Ikuti rencana saya selanjutnya di dalam majalah FOKUS SPM, April 2010

RENCANA UMUM 24: PEMBUANGAN BAYI - SALAH SIAPA?




Dunia ini pernah dicemarkan oleh sejarah hitam dalam tamadun manusia disebabkan ketiadaan aqidah dalam kehidupan. Masyarakat ketika itu hilang sifat kemanusiaan sehingga sanggup menanam anak-anak perempuan hidup-hidup kononnya mempertahankan maruah diri, keluarga, dan kabilah. Amalan jahiliyah tersebut kini berulang lagi, malah lebih dahsyat apabila sesetengah bayi dibuang di merata-rata tempat. Antara lokasi yang menjadi pilihan untuk pihak yang tidak bertanggungjawab membuang bayi adalah di kawasan masjid atau surau, tandas, di tepi jalan, di tempat pembuangan sampah, dan lain-lain lagi, yang bakal terdedah kepada berbagai-bagai risiko termasuk kematian atau menjadi mangsa binatang buas. Tegasnya, perbuatan membuang bayi ini merupakan satu jenayah yang amat zalim dan keji umpama mimpi buruk yang bermusim dalam masyarakat Malaysia, serta lebih hina tarafnya daripada haiwan. Sebenarnya tiada kata-kata yang mampu menggambarkan kesedihan dan rasa jijik terhadap perbuatan membunuh bayi yang tidak berdosa sedemikian rupa. Soalnya sekarang, kenapa ada pihak yang sanggup membuang dan membunuh bayi mereka? Sedangkan mereka mempunyai masa yang panjang ketika bayi terbabit masih di dalam kandungan untuk memikirkan nasib terbaik bayi berkenaan. Lantaran itu, siapakah dan apakah faktor-faktor yang mendorong perlakuan negatif ini berleluasa dalam masyarakat moden hari?

Ikuti rencana saya selanjutnya di dalam majalah E@Siswa, Apri 2010.