Alhamdulillah usai berjerayawara di SMK Sungai Kapar Indah, Klang buat kali pertama pagi ini (Selasa - 23 Februari 201) bermula jam 8.30 pagi. Terima kasih kepada Puan Jaleha Mujir, Puan Jaimah Saad dan guru-guru Bahasa Melayu kerana mengundang saya bagi menyempurnakan Program Jerayawara Bahasa. Tidak ketinggalan terima kasih kepada semua pelajar yang terlibat kerana memberikan komitmen yang cukup memberangsangkan. Semoga segala input yang disampaikan dapat dimanfaatkan bagi menghadapi peperiksaan SPM 2017 kelak dan memperoleh kejayaan yang cemerlang.
SELAMAT DATANG KEPADA SEMUA PENGUNJUNG DAN PENCINTA BAHASA..SAMA-SAMA KITA BERPEGANG TEGUH PADA PRINSIP MEMBIASAKAN YANG BETUL DAN MEMBETULKAN YANG BIASA.
Rabu, 15 Mac 2017
PROGRAM JERAYAWARA BAHASA DI SMK TUN TUAH - 22.2.2017 (RABU)
Terima kasih kepada Tuan Hj. Mohd. Rashid Hassan, Guru Cemerlang Bahasa Melayu SMK Tun Tuah kerana mengundang saya untuk mengendalikan program tersebut untuk kali terakhir sebelum beliau bersara tahun ini. Syabas dan tahniah kepada semua pelajar yang terlibat dan semoga kalian memperoleh input yang bermanfaat serta dapat diguna pakai dalam peperiksaan SPM kelak.
PROGRAM JERAYAWARA BAHASA DI SMK BANDAR BARU BANGI - 10.2.107 (JUMAAT)
Terima kasih kepada Puan Normala Ramli, Puan Norihah, Puan Sarimah, Puan Cikgu Shuk dan semua pelajar yang terlibat dalam program jerayawara bahasa pagi ini. Semoga program ini dapat memberikan suntikan semangat kepada pelajar yang terlibat sekali gus mempersiapkan diri untuk menghadapi SPM 2017 kelak
PROGRAM JERAYAWARA BAHASA DI SBPI KUANTAN - 22.1.2017 (AHAD)
Terima kasih kepada Cikgu Aslinda Khamis kerana mengundang saya untuk mengendalikan program tersebut kali kedua. Tidak ketinggalan juga ucapan terima kasih kepada Cikgu Asmui Mustapa dan guru-guru Bahasa Melayu SBPI Kuantan, dan Encik Akhiruddeen SISC+ Bahasa Melayu yang turut serta. Syabas dan tahniah kepada semua pelajar yang terlibat kerana memberikan kerjasama yang cukup baik sepanjang program tersebut berlangsung. Semoga kalian memperoleh manfaat dan input yang berguna bagi menghadapi peperiksaan SPM kelak dan memperoleh kejayaan yang cemerlang.
PROGRAM JERAYAWARA BAHASA - PEMBUKA TIRAI 2017 - 21.1.2017
Terima kasih kepada Pengetua SMK Bukit Sagu, Puan Rohani Muhammad, SISC+ Bahasa Melayu, GPK1, barisan pentadbir ketiga-tiga buah sekolah, Guru-guru pengiring SMK Bukit Goh, SMK Bukit Saga dan SMA Al-Maarif, YDP PIBG, yang turut hadir dan khususnya kepada semua pelajar yang turut hadir pagi ini. Tidak ketinggalan juga kepada Cikgu Awang Mahadi Ali, GPK Koku kerana mengundang saya untuk menjayakan program tersebut. Semoga kalian memperoleh input dan manfaat bagi menghadapi peperiksaan SPM 2017 kelak.
Isnin, 30 Januari 2017
RENCANA SASTERA DALAM BAHASA - PERGERAKAN WATAK UTAMA DALAM NOVEL BIMASAKTI MENARI
Ikutilah rencana saya selanjutnya yang berjudul "Pergerakan Watak Utama dalam Novel Bimasakti Menari" dalam majalah Pelita Bahasa, keluaran Januari 2017. Selamat membaca!!
RENCANA BAHASA: BENTUK SOALAN PERIBAHASA
Ikutilah rencana saya selanjutnya yang berjudul "Bentuk Soalan Peribahasa" dalam majalah Pelita Bahasa, keluaran Disember 2016. Selamat membaca!
Langgan:
Catatan (Atom)


























































