Jumaat, 11 September 2015

PROGRAM JERAYAWARA BAHASA DI SM SAINS SELANGOR, KUALA LUMPUR















Tarikh: 30 Ogos 2015 (Ahad)
Masa: 8.30 pagi
Tempat: Dewan Wawasan SM Sains Selangor, Bandar Tun Razak, K. Lumpur

Terima kasih kepada Cikgu Suraya Basar Basar, Cikgu Mohd. Noor Ismail dan guru-guru Bahasa Melayu SM Sains Selangor kerana mengundang saya untuk kali pertama hari ini (30 Ogos 2015 - Sabtu) bagi mengisi Program Perkampungan Ilmu 3 SPM 2015. Tidak ketinggalan juga kepada semua pelajar yang turut hadir dan memberikan kerjasama yang cukup baik sepanjang program tersebut berlangsung. Semoga kalian mendapat input yang berguna bagi menghadapi peperiksaan SPM yang sebenar, sekali gus memperoleh kejayaan yang cemerlang dan menyerlah daripada luar biasa.

PROGRAM JERAYAWARA BAHASA DI SMK DATO' MOHD. TAHA, GEMENCHEH












Tarikh: 29 Ogos 2015 (Sabtu)
Masa: 8.30 pagi
Tempat: Dewan SMK Dato' Mohd. Taha, Gemencheh
Terima kasih kepada Cikgu Nur Kyra Anysa dan guru-guru Bahasa Melayu SMKDMT kerana mengundang saya untuk kali pertama hari ini (29 Ogos 2015 - Sabtu). Tidak ketinggalan juga kepada semua pelajar yang turut hadir dan memberikan kerjasama yang cukup baik sepanjang program tersebut berlangsung. Semoga kalian mendapat input yang berguna bagi menghadapi peperiksaan percubaan SPM pada hari Selasa depan (1 Sept.) dan juga SPM yang sebenar, sekali gus memperoleh kejayaan yang menyerlah daripada luar biasa

PROGRAM JERAYAWARA BAHASA DI SMA AT-TANWIRIAH, PARIT JAWA, MUAR








Tarikh: 23 Ogos 2015 (Ahad)
Masa: 8.30 pagi
Tempat: Bilik Sumber SMA At-Tanwiriah, Parit Jawa Muar,

Terima kasih kepada Cikgu Hafizuddin - Cikgu Adie Muslim'z kerana mengundang saya untuk kali pertama bagi mengendalikan Program Jerayawara Bahasa pada 23 Ogos 2015 (Ahad) jam 8.30 pagi. Syabas dan tahniah kepada semua pelajar yang terlibat. Semoga segala input yang disampaikan dapat dimanfaatkan sepenuhnya bagi menghadapi peperiksaan SPM yang semakin hampir dan memperoleh kejayaan yang cemerlang.

PROGRAM JERAYAWARA BAHASA DI SMK BANDAR TASIK KESUMA










Tarikh: 22 Ogos 2015 (Sabtu)
Masa: 8.00 pagi - 1.00 tgh. hari
Tempat: Pusat Sumber SMK Bandar Tasik Kesuma, Beranang.
 
Alhamdulillah usai berjerayawara di SMK Bandar Tasik Kesuma yang bermula jam 8.00 pagi hingga 1.00 tengah hari. Terima kasih kepada Puan Azlina Mokhilas (GKMP Bahasa), Puan Asiah bt .Ismail (KP BM), guru-guru Bahasa Melayu kerana mengundang saya untuk kali ke-3 bagi mengisi Program Jerayawara Bahasa dengan teknik menjawab kertas Bahasa Melayu peringkat SPM. Tahniah dan syabas kepada semua pelajar yang terlibat kerana memberikan komitmen yang cukup baik sepanjang berlangsungnya program tersebut. Semoga segala input yang disampaikan dapat dimanfaatkan semasa menjawab kertas Bahasa Melayu peringkat peperiksaan percubaan dan SPM yang sebenarnya sekali gus membolehkan kalian memperoleh kejayaan yang cemerlang dan A+ bagi kertas Bahasa Melayu.

PROGRAM JERAYAWARA BAHASA DI MRSM TERENDAK








Tarikh: 15 Ogos 2015 (Sabtu)
Masa : 8.30 -12.30
Tempat: Pusat Sumber Pembelajaran MRSM Terendak
 
Terima kasih kepada Puan Hjh. Zuraidah Zulkeflee, Cikgu Norfaizah Kasim Cikgu Noor Hafizah Jauhari, dan guru-guru Bahasa Melayu MRSM Terendak kerana mengundang saya untuk program tersebut untuk kali ke-6 (sejak 2010). Syabas dan tahniah kepada semua pelajar yang terlibat dan memberikan komitmen yang sangat memberangsangkan. Semoga kalian memperoleh input yang bermanfaat dan kejayaan yang cemerlang.