Sabtu, 9 Oktober 2010

PMR DIMANSUHKAN MULAI 2016, UPSR DIKEKALKAN

Berita terkini:

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) akan dimansuhkan di semua sekolah mulai 2016 dan dibuat melalui penilaian berasaskan sekolah.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi murid Tahun Enam pula akan dikekalkan tetapi dengan diberikan perubahan pada bentuk dan format.

Jumaat, 8 Oktober 2010

KERTAS BAHASA MELAYU SET 2 - PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM MELAKA

Berikut disertakan kedua-dua kertas Bahasa Melayu set kedua untuk dimanfaatkan oleh bakal calon SPM di seluruh negara sebagai latih tubi atau pengukuhan peringkat terakhir sebelum menjelang SPM yang sebenar yang dijadualkan bermula pada 23 November 2010. Secara kebetulan kedua-dua kertas tersebut diguna pakai oleh pelajar-pelajar Sekolah Sains Muzaffar Syah dan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Selandar yang tidak mengambil kertas Bahasa Melayu set pertama yang diguna pakai oleh seluruh pelajar negeri Melaka dalam Peperiksaan Percubaan SPM Negeri Melaka yang lalu kerana mereka masih bercuti sempena Hari Raya. Oleh itu, kedua-dua sekolah tersebut menggunakan set kedua berikut:

Selasa, 5 Oktober 2010

KERTAS BAHASA MELAYU PMR 2010

Alhamdulillah..kertas Bahasa Melayu peringkat Penilaian Menengah Rendah sudah pun berlalu sejak pagi tadi bermula dengan kertas Bahasa Melayu 1 pada jam 8.10 - 9.10 pagi dan diikuti dengan kertas Bahasa Melayu 2 pada jam 9.50 - 11.50 pagi. Berikut dikemukakan ringkasan soalan yang diajukan dalam kedua-dua kertas tersebut:

Kertas Bahasa Melayu 02/1:

Soalan 1 - 30 : soalan tatabahasa
Soalan 31 - 35 : petikan Komsas - Drama Adik Berjasa, antologi Anak Bumi Tercinta, Tingkatan 3
Soalan 36 - 40 : petikan puisi tradisional - Pantun Nasib, antologi Anak Bumi Tercinta, Tingkatan 3

Kertas Bahasa Melayu 02/2:

Bahagian A (i): Ringkasan - Kepentingan sukan dalam meningkatkan kecemerlangan murid.

Bahagian A (ii)
: Tiga soalan pemahaman

Bahagian B : Karangan bahan rangsangan - Kesan kegiatan pembalakan secara tidak terkawal.

Bahagian C: Karangan respons terbuka

1. Anda telah menyaksikan persembahan kebudayaan yang diadakan di tempat tinggal anda. Ceritakan acara-acara yang dipersembahkan dalam persembahan kebudayaan tersebut.
2. Ibu bapa merupakan insan yang disayangi. Jelaskan perkara-perkara yang patut anda lakukan sebagai bukti bahawa anda menyayangi mereka.
3. Anda akan menyertai pertandingan syarahan yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Tajuk syarahan anda ialah 'Muafakat Membawa Berkat'. Sediakan teks syarahan anda selengkapnya.
4. Sektor pelancongan memberi sumbangan besar kepada ekonomi negara. Huraikan usaha yang perlu dilakukan untuk memajukan sektor pelancongan di negara kita.
5. Anda telah membaca sebuah cerpen yang menarik. Tulis pendapat anda tentang cerpen tersebut.

Bahagian D: Berdasarkan satu daripada novel yang disenaraikan, nyatakan tiga contoh peristiwa yang berkaitan dengan nilai yang ditetapkan bagi setiap novel tersebut:

Novel: Kanang Cerita Seorang Pahlawan, karya Maznan Nordin - Nilai kegigihan.
Novel: Panas Salju, karya Talib Samad - Nilai kasih sayang
Novel: Merdeka! Merdeka!, karya A. Rahman Hanafiah - Nilai kegigihan
Novel: Ekspedisi, karya Mohd. Ghazali Tocheh - Nilai kegigihan

Ahad, 3 Oktober 2010

JERAYAWARA BAHASA: SEKOLAH SERI PUTERI

Tarikh: 2 Oktober 2010 (Sabtu)
Masa : 3.15 - 6.45 petang
Tempat: Dewan Kuliah Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya

Terima kasih kepada Puan Halimatus Sadiah (Ketua Panitia Bahasa Melayu), Cikgu Mohamad Nasir, guru-guru dan pelajar-pelajar kerana memberi kerjasama yang cukup baik sepanjang program tersebut dijalankan. Semoga segala input dapat dimanfaatkan bagi melonjakkan prestasi Bahasa Melayu yang terbaik dalam kalangan Sekolah Berasrama Penuh di negara ini.

Khamis, 30 September 2010

RENCANA UMUM 47: TRANSFORMASI SISTEM PENDIDIKAN NEGARA


Ikuti rencana saya selanjutnya di dalam majalah E@Siswa, keluaran Oktober 2010. Selamat membaca!!!

RENCANA UMUM 46: MELESTARIKAN WARISAN BUDAYA


Ikuti rencana saya selanjutnya di dalam majalah FOKUS SPM, keluaran Oktober 2010. Selamat membaca!!!

Sabtu, 25 September 2010

KOLEKSI SOALAN BAHASA MELAYU PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2010

KOLEKSI SOALAN BAHASA MELAYU PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM

Berikut disertakan tiga lagi soalan Bahasa Melayu Peperiksaan Percubaan SPM bagi negeri-negeri berikut:

Terima kasih kepada sahabat saya Cikgu Abd. Razak Hassan dari Johor Bahru yang telah menghantar kesemua soalan tersebut.

Jumaat, 24 September 2010

Rabu, 8 September 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI


Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pengunjung blog dan juga pengetua, rakan sekerja, guru-guru, dan para pelajar yang terlibat dalam program Jerayawara Bahasa saya selama ini. Maaf zahir dan batin. Semoga hari raya tahun lebih ceria dan bermakna kepada kalian sekeluarga.

Ahad, 29 Ogos 2010

KOMSAS 30: ULASAN SOALAN KOMSAS SPMU 2010 & SENARAI SEMAK

Ikuti rencana saya selanjutnya di dalam bahagian sisipan majalah FOKUS SPM, keluaran September 2010.

SEGMEN BAHASA 23: ULASAN SOALAN BAHASA MELAYU SPMU 2010

Ikuti rencana saya selanjutnya di dalam bahagian sisipan majalah FOKUS SPM, keluaran September 2010.

RENCANA UMUM 45: MEMPERKASAKAN PENDIDIKAN VOKASIONAL

Ikuti rencana saya selanjutnya di dalam majalah E@SISWA, keluaran September 2010.

RENCANA UMUM 44: MENGEMBANGKAN PASARAN INDUSTRI HALAL

Ikuti rencana saya selanjutnya di dalam majalah FOKUS SPM, keluaran September 2010. Selamat membaca!!!

Sabtu, 21 Ogos 2010

JERAYAWARA BAHASA: SMK KLEBANG BESAR








Tarikh: 9 Ogos 2010 (Isnin)
Masa: 12.40 - 2.40 petang
Tempat: Kantin Sekolah SMKKB - Gelanggang sendiri
Semoga pelajar cikgu memperoleh manfaat daripada program tersebut dan meningkatkan kualiti mata pelajaran Bahasa Melayu tahun ini.