Selasa, 10 Ogos 2010

KOMSAS 30: TEKS ANTOLOGI DAN NOVEL TERBAHARU 2011

Mulai tahun 2011, semua pelajar tingkatan 2 dan 5 akan meneruskan penggunaan teks antologi dan novel terbaharu bagi kumpulan pertama teks Kesusasteraan Melayu dalam mata pelajaran Bahasa Melayu peringkat menengah rendah (PMR) dan menengah atas (SPM). Sepanjang tahun 2010, mereka telah pun menggunakan teks antologi Kesusasteraan Melayu dan novel terbaharu semasa di tingkatan 1 dan 4.

Pelajar di tingkatan 1 sebelum ini menggunakan antologi Kasut Kelopak Jantung di samping novel yang ditetapkan mengikut zon masing-masing. Pada tahun 2011, mereka akan menggunakan antologi baharu berjudul Gema Sepi Gadis Genius. Bagi zon Melaka, Pahang, Terengganu, dan Kelantan, pelajar-pelajar tingkatan 2 akan menggunakan novel berjudul Lestari Bukit Menghijau, karya Syed Mahdzir, terbitan Star Trading Sdn. Bhd.

Sementara itu, bagi pelajar tingkatan 5 tahun 2011 pula, mereka akan menggunakan teks antologi baharu berjudul Dirgahayu Bahasaku selain Harga Remaja yang digunakan semasa di tingkatan 4. Bagi zon Melaka, Pahang, Terengganu, dan Kelantan, pelajar-pelajar tingkatan 5 akan menggunakan novel berjudul Sutera Dalam Lukisan, karya Abd. Talib Hassan, terbitan ABM SMAZ Creative.

Ahad, 8 Ogos 2010

JERAYAWARA BAHASA: SMK TEKNIK JASIN






Tarikh: 7 Ogos 2010 (Sabtu)
Masa : 8.45 - 11.00 pagi
Tempat: Dewan Besar SMK Teknik Jasin

Jumaat, 6 Ogos 2010

KOMSAS 29: SOALAN LATIH TUBI KOMSAS PRA-PMR



Ikuti rencana saya selanjutnya di dalam majalah Dewan Siswa, keluaran Ogos 2010.

RENCANA SASTERA DALAM BAHASA: KONFLIK WATAK UTAMA DALAM RENYAH





Ikuti rencana saya selanjutnya di dalam majalah Pelita Bahasa, keluaran Ogos 2010.

Selasa, 3 Ogos 2010

JERAYAWARA BAHASA: SMK TAMAN ILMU DAN BUDI



Tarikh: 2 Ogos 2010 (Isnin)
Masa : 2.00 petang
Tempat: Bilik ICT

JERAYAWARA BAHASA: SMK GOMBAK SETIA




Tarikh: 2 Ogos 2010 (Isnin)
Masa: 8.00 pagi - 12.45 tengah hari
Tempat Dewan Besar SMK Gombak Setia

Ahad, 1 Ogos 2010

JERAYAWARA BAHASA: MRSM BATU PAHAT




Tarikh: 1 Ogos 2010 (Sabtu)
Masa : 8.30 - 12.30 tengah hari.
Tempat: MRSM Batu Pahat

Terima kasih atas kerjasama dan kepercayaan pihak sekolah untuk saya mengendalikan program tersebut khususnya kepada Cikgu Abdul Halim dan guru-guru Bahasa Melayu yang lain.

Sabtu, 31 Julai 2010

KOMSAS 28: ANALISIS SOALAN PEMAHAMAN KOMSAS MENGIKUT GENRE



Ikuti rencana saya selanjutnya di dalam majalah FOKUS SPM, keluaran Ogos.

SEGMEN BAHASA 22: ANALISIS KERTAS BAHASA 1 (TEMA & ISU)


Ikuti rencana saya selanjutnya di dalam majalah FOKUS SPM, keluaran Ogos 2010.

RENCANA UMUM 33: PEMERDAGANGAN ORANG : ANTARA CABARAN DAN USAHA



Ikuti rencana saya selanjutnya di dalam majalah FOKUS SPM, keluaran Ogos 2010.

TAKLIMAT PROFESIONALISME GURU-GURU BAHASA MELAYU SPM NEGERI MELAKA







Sekali lagi saya diberi kepercayaan oleh pihak Jabatan Pelajaran Melaka untuk menyampaikan taklimat dalam Program Peningkatan Profesionalisme Guru-guru Bahasa Melayu SPM Negeri Melaka bertempat di Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu Melaka, jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari. Setiap sekolah diwakili oleh dua orang guru Bahasa Melayu yang terlibat dengan tingkatan 5. Semoga perkongsian ilmu ini dapat memberi manfaat kepada semua guru yang terbabit, sekali gus dapat membantu pelajar di sekolah masing-masing. Antara objektif utama program tersebut adalah seperti berikut:

(i) meningkatkan kualiti dan kuantiti pencapaian dan kecemerlangan mata pelajaran Bahasa Melayu SPM,
(ii) menetapkan hala tuju dan landasan yang jelas kepada guru-guru Bahasa Melayu yang mengajar di tingkatan lima,
(iii) memastikan guru-guru memahami dan menghayati sasaran dan prestasi dalam Q-Net, dan
(iv) mewujudkan persaingan yang sihat antara daerah.

Majlis penutup program tersebut disempurnakan oleh Tuan Haji Rahman b. Abdul Majid, Ketua Sektor Jaminan Kualiti yang mewakili Tuan Pengarah Jabatan Pelajaran Melaka.

Ahad, 25 Julai 2010

RENCANA UMUM 32: PENGGUNAAN HERBA DALAM PERUBATAN TRADISIONAL



Ikuti rencana saya selanjutnya di dalam majalah E@Siswa, keluaran Ogos 2010.

Sabtu, 24 Julai 2010

JERAYAWARA BAHASA: SEK. MEN. TEKNIK TUANKU JAAFAR




Tarikh: 23 Julai 2010 (Jumaat)
Masa : 3.00 - 6.00 petang
Tempat: Dewan Besar SM Teknik Tuanku Jaafar

Ahad, 18 Julai 2010

JERAYAWARA BAHASA: HOTEL PERMAISURI, BANGUNAN SERI NEGERI & SMK AGAMA MAAHAD MUAR


Program Kecemerlangan anjuran KKLW di Hotel Permaisuri


Peserta-peserta seminar anjuran Puspanita, Cawangan Melaka


Sebahagian pelajar dari SMK Agama Maahad Muar

Tarikh: 17 Julai 2010 (Sabtu)
Masa : Hotel Permaisuri (8.00 pagi); Bangunan Seri Negeri (11.00 pagi) dan SMK Agama Maahad Muar (2.30 petang)

JERAYAWARA BAHASA: SMK LUBOK CHINA, MELAKA





Tarikh: 16 Julai 2010 (Jumaat)
Masa : 3.00 - 5. 30 petang
Tempat: Dewan Besar SMK Lubok China, Melaka

Khamis, 15 Julai 2010

CAKNA: SEMPENA ULANG TAHUN PERTAMA

Alhamdulillah, diam tak diam blog saya sudah pun berusia setahun. Pelbagai segmen termasuk KOMSAS, Bahasa, Rencana, Jerayawara Bahasa, Cakna, dan sebagainya menghiasi Wadah Keterampilan Berbahasa sejak memasuki alam maya. Diharapkan bahan paparan di dalam blog ini dapat membantu serta menambahkan pengetahuan khalayak khususnya tentang hal-hal kebahasaan dan KOMSAS. Memandangkan pengalaman saya masih baru khususnya dalam bidang IT, saya sangat mengalu-alukan pandangan dan komentar daripada khalayak bagi menambahkan lagi seri dan input yang berfaedah dan berterusan. Sokongan dan pandangan yang konstruktif amat diperlukan bagi maksud perkongsian ilmu dan pengalaman yang berguna. Walau bagaimanapun disebabkan kekangan waktu, segmen interaktif khususnya melalui sembang maya tidak dapat dilayan dengan sempurna kecuali dalam hal-hal yang tertentu. Insya-Allah segala kelemahan tentang bahan paparan yang terdapat di dalam blog sepanjang tahun lalu akan dibaiki dan diberi nilai tambah dari semasa ke semasa mengikut keperluan.

Salam hormat daripada saya.