Ahad, 2 Ogos 2009

JERAYAWARA BAHASA 6 - SMK GURUN



Jerayawara bahasa ke-6 saya menuju ke selatan Alor Setar, iaitu di Gurun, bertempat di Dewan Sahara, SMK Gurun, Kedah Darul Aman. Program yang dirancang bermula jam 2.30 hingga 5.45 petang atas jemputan istimewa daripada Tuan Pengetua SMK Gurun yang merupakan sahabat lama saya, Cikgu Nasruddin Ab. Rahman yang satu ketika dahulu pernah sama-sama mengajar di SMK Tun Hj. Abd. Malek, Cheng, Melaka. Sebelum bertugas di SMK Gurun, beliau pernah mengundang saya ke sekolah lamanya, di SMK Sungai Limau, Yan, Kedah pada tahun lalu. Beliau mengambil kesempatan sempena kembara saya ke utara, di samping menghantar anak yang mendaftar di Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah. Jitra, Kedah. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Cikgu Nazir (GKMP Bahasa), guru-guru Bahasa Melayu, dan pelajar-pelajar yang memberikan kerjasama yang baik sepanjang sesi jerayawara bahasa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan