Selasa, 18 Ogos 2009

CAKNA : 8 - SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN


SAMBUTAN BULAN PATRIOTISME PERINGKAT SMK KLEBANG BESAR, MELAKA







* Barisan pentadbir - Tn. Hj. Jailani Yusof (GPK 1), Tn. Hj. Azmin Hassan (GPK Hem) dan Puan Faridah Mohd. Shah) - GKMP Kemanusiaan


* Guru-guru sedang mengibarkan jalur gemilang sambil menyanyikan lagu-lagu patriotik sempena majlis Pelancaran Bulan Patriotisme peringkat Sekolah Menengah Kebangsaan Klebang Besar, Melaka pagi ini.



“Tanggal 31, bulan lapan lima puluh tujuh, merdeka merdeka, tetaplah merdeka, ia pasti menjadi sejarah’’. Bait-bait lagu bertemakan kemerdekaan dendangan Allahyarham Sudirman Arshad itu mempunyai signifikan dan dalam maknanya, serta mampu meresap ke dalam jiwa sesiapa sahaja yang mendengarnya. Lagu ini merupakan antara salah satu medium yang berorientasikan matlamat menghargai dan menjiwai semangat kemerdekaan. Demikian juga, dalam meniti tahun ke-52 kemerdekaan Malaysia pada tahun ini, yang menjadi suatu kemestian untuk semua warganya berasa bangga dengan kemerdekaan yang tidak ternilai ini. Bagi kebanyakan orang Hari Kebangsaan atau Hari Kemerdekaan hanya sekadar hari cuti am, hari yang memberi kesempatan melihat program perarakan, di samping bersantai. Sesungguhnya acara sambutan seperti itu paling bererti dan sudah semestinya mendorong azam baharu sebagai individu, sebagai masyarakat, dan sebagai sebuah negara. Justeru, bagi menyemarakkan sambutan Bulan Patriotisme tahun ini, pihak jawatankuasa Sekolah Menengah Kebangsaan Klebang Besar, Melaka telah mengadakan majlis pelancaran secara ringkas pada pagi ini dengan pelbagai pengisian termasuk acara mendeklamasikan sajak, nyanyian lagu-lagu patriotik, dan persembahan sketsa. Hal ini demikian kerana selepas majlis tersebut pelajar-pelajar PMR khususnya akan menduduki peperiksaan percubaan selaras negeri Melaka untuk hari kedua. Semoga tema "1 Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" akan menjadi kenyataan dan mencapai matlamatnya dengan jaya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan