Rabu, 12 Ogos 2009

CAKNA : 5 - KETUA NEGARA PERTAMA DIJANGKITI H1N1

Presiden Costa Rica dijangkiti H1N1

SAN JOSE 12 Ogos - Presiden Costa Rica, Oscar Arias telah dijangkiti virus selesema babi atau influenza A(H1N1) menjadikannya ketua negara pertama yang didapati menghidap selesema babi. Arias, 68, yang juga pemenang Hadiah Keamanan Nobe, didapati positif dalam ujian virus itu hari ini selepas berasa tidak sihat hujung minggu lalu, menurut kenyataan kerajaan. Arias kini berada di rumah dan merancang untuk melakukan kerja dari rumah. “Selain daripada demam dan sakit tekak, saya rasa sihat dan berada di dalam keadaan yang baik untuk meneruskan kerja saya melalui telekomunikasi. Saya dijangka kembali bekerja seperti biasa Isnin depan,” kata beliau dalam satu kenyataan. Wabak selesema babi yang telah diisytihar sebagai pandemik pada 11 Jun lalu, telah merebak ke seluruh dunia sejak bermula April lalu dan mungkin boleh memberi kkesan epada dua bilion penduduk dunia, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). – REUTERS

Sumber: Utusan Malaysia, 12 Ogos 2009

Tiada ulasan:

Catat Ulasan