Khamis, 20 Ogos 2009

CAKNA: 9 H1N1 TERKINI

H1N1 cecah 1,800 kematian

GENEVA 20 Ogos - Angka kematian akibat jangkitan selesema babi meningkat kepada 1,799 orang sejak virus baru itu ditemui pada April lalu, kata Pertubuhan Kesihatan Bangsa-bangsa Bersatu (WHO) semalam. Jumlah keseluruhan kematian diumumkan oleh WHO dalam laman web mereka. Ghana, Tuvalu dan Zambia adalah negara-negara yang melaporkan kematian buat pertama kali, kata WHO selain menyebut bahawa pandemik influenza A itu telah merebak sehingga ke 170 buah negara. Kematian terbesar dilaporkan di utara dan selatan Amerika dengan 1,579 kematian diikuti dengan rantau Asia Tenggara dengan 106 kematian manakala di Eropah mencatatkan 53 kematian. - AFP

Sumber: Utusan Malaysia, 20 Ogos 2009

Tiada ulasan:

Catat Ulasan