Ahad, 2 Ogos 2009

JERAYAWARA BAHASA 5 - SMK SEBERANG PERAK



Jerayawara bahasa hari ketiga diteruskan lagi pada 2 Ogos 2009 jam 8.30 hingga 12.30 tengah hari. Destinasi jerayawara bahasa kali ini beralih ke SMK Seberang Perak, Alor Setar, Kedah. Ucapan ribuan terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Haji Ismail Ibrahim, Pengetua sekolah tersebut yang telah memberi kepercayaan kepada saya untuk mengendalikan program yang julung-julung kali diadakan di sekolah ini. Secara kebetulan saya menemui beliau untuk kali pertama, sewaktu beliau singgah di SMK Klebang Besar pada tahun lalu. Lantaran itu, beliau telah mempelawa saya untuk ke sekolah ini bagi melaksanakan program jerayawara bahasa khusus untuk pelajar-pelajar di sekolahnya. Tidak ketinggalan ucapan ribuan terima kasih saya ucapkan kepada Cikgu Nasir yang turut membantu saya bagi melancarkan perjalanan program tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan