Jumaat, 16 Oktober 2009

KOMSAS 13: TEKS NOVEL TERBAHARU - KOMSAS 2010

Mulai 2010, pelajar-pelajar Tingkatan 1 dan 4 bukan sahaja menggunakan teks antologi terbaharu, (Kasut Kelopak Jantung - Tingkatan 1 dan Harga Remaja - Tingkatan 4), tetapi mereka juga bakal menggunakan teks atau novel terbaharu untuk menggantikan novel yang lama. Hal ini demikian kerana novel yang lama sudah pun berusia sedekad dan perubahan ini memang wajar khususnya untuk guru-guru yang sudah jemu membelek halaman novel yang lama berulang-ulang kali. Cerita yang terdapat dalam novel tersebut pun sudah di hujung jari.
Judul novel yang bakal digunakan untuk zon Melaka, Johor, dan Kelantan seperti sebelum ini ialah "BUKAN DUNIAKU" untuk Tingkatan 1 dan "RENYAH" untuk Tingkatan 4. Sementara itu, bagi zon lain pula akan menggunakan judul yang berbeza dan boleh diperoleh melalui guru-guru Bahasa Melayu atau SPBT di sekolah masing-masing. Pengedaran novel-novel tersebut akan dibuat melalui Skim Pinjaman Buku Teks setelah siap diterbitkan oleh pihak Bahagian Buku Teks, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Selamat membaca dan menghayati novel-novel tersebut.

2 ulasan:

  1. Assalamualaikum Tn Hj.
    Boleh tak senaraikan keempat-empat novel yang dipilih untuk tingkatan 4 berserta pengarang dan penerbit novel tersebut? Tk.

    BalasPadam
  2. Kepada yang bertanya...Insya-Allah, saya difahamkan Bahagian Sekolah akan menghantar surat pekeliling untuk memaklumkan kepada semua guru tentang perubahan teks KOMSAS serta zon yang terlibat dalam masa yang terdekat. Tunggu sahaja surat berkenaan mulai minggu depan. Harap maklum.

    BalasPadam