Sabtu, 3 Oktober 2009

JERAYAWARA BAHASA 11 & 12 - BENGKEL KECEMERLANGAN BAHASA MELAYU


Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pelajar SMK Agama As-Syaidah Khadijah, Serkam, Melaka kerana sempat mengadakan sesi perbengkelan kecemerlangan Bahasa Melayu dalam suasana Aidilftri, 14 Syawal 1430 bermula jam 8.30 pagi. Bengkel ini diadakan bagi tujuan membantu pelajar menghadapi peperiksaan SPM yang semakin hampir.


Semangat dan komitmen yang tinggi dalam kalangan pelajar dan guru untuk meningkatkan kecemerlangan diri sekali gus meningkatkan prestasi akademik sekolah ini amat dihargai. Mudah-mudahan, pengorbanan dan usaha yang gigih menghasilkan keputusan dan kejayaan yang membanggakan warga sekolah.

Sebelum itu, program jerayawara bahasa pertama selepas bulan Ramadan dan cuti berhari raya, dimulakan di SMK Sg. Rambai, Melaka pada 2 Oktober 2009, jam 3.00 petang. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada warga SMK Sg. Rambai dan pihak kaunselornya, Puan Rohana yang telah mengundang saya untuk mengendalikan program tersebut. Tidak ketinggalan saya mengucapkan tahniah kepada semua pelajar yang hadir pada petang Jumaat itu kerana memberikan kerjasama yang cukup baik sepanjang sesi jerayawara bahasa tersebut.

2 ulasan:

  1. terima kasih cikgu, kerana sudi datang ke sekolah kami...harap2 tahun depan masih sudi lagi datang.

    BalasPadam
  2. Insya-Allah..jika ada jemputan saya tidak akan menghampakan.

    BalasPadam