Jumaat, 30 Oktober 2015

ISU KARANGAN YANG PERLU DIFOKUSKAN - ISU 11

PERSEDIAAN MENGHADAPI KERTAS BAHASA MELAYU 1 SPM 2015:
ISU KARANGAN YANG PERLU DIFOKUSKAN - ISU 11

Gagasan 1Malaysia bukan setakat falsafah untuk kita melakukan proses membina negara bangsa, tetapi apabila rakyat didahulukan, kerajaan akan membangunkan produk, serta perkhidmatan yang dapat memberi manfaat kepada rakyat. Apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memperkenalkan konsep 1Malaysia dengan slogan ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’ itu terbukti jelas menjurus kepada aspek kebajikan rakyat yang harus menjadi keutamaannya. Oleh itu, menjadi harapan pihak kerajaan agar produk serta perkhidmatan yang dapat dikaitkan dengan jenama 1Malaysia akan diperbanyak dalam masa terdekat yang bertujuan untuk memberi lebih banyak manfaat kepada rakyat. Tindakan seperti ini secara tidak langsung meringankan beban rakyat khususnya yang berpendapatan rendah selepas kerajaan mendapat maklum balas positif daripada pelaksanaan produk terdahulu. Antara produk berasaskan 1Malaysia yang diperkenalkan oleh kerajaan termasuk Klinik 1Malaysia, Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M), Menu Rakyat 1Malaysia (MR1M) dan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), dan banyak lagi produk yang lain dilancarkan mengikut keperluan dan kemampuan kerajaan.

*** Untuk bacaan tambahan sila rujuk artikel 2 saya selanjutnya yang berjudul "Produk dan perkhidmatan berasaskan 1 Malaysia" dalam buku KRU 5.
 Gambar hiasan






2 ulasan:

  1. Assalamualaikum Cikgu,mohon halalkan segala yang telah saya baca. Doakan saya memperoleh A dalam Bahasa Melayu.TERIMA KASIH.

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumussalam...mudah-mudahan dapat memberi manfaat dan memperoleh kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM kelak.

      Padam