Sabtu, 24 Oktober 2015

ISU KARANGAN YANG PERLU DIFOKUSKAN - ISU 6


PERSEDIAAN MENGHADAPI KERTAS BAHASA MELAYU 1 SPM 2015:
   
        Sering kali kita melihat terpampang di dada-dada akhbar kes-kes yang melibatkan pemerdagangan orang. Pemerdagangan orang adalah suatu jenayah yang dipandang serius masa kini kerana membabitkan antara lainnya perbuatan eksploitasi pada skala yang besar terhadap wanita dan kanak-kanak dan juga suatu bentuk perhambaan moden. Pemerdagangan orang adalah jenayah yang paling cepat berkembang di dunia, lebih kurang 27 juta penduduk dunia menjadi mangsa pemerdagangan orang. Pemerdagangan orang adalah salah satu industri yang paling menguntungkan dalam ekonomi pasaran gelap dunia. Pemerdagangan orang merupakan satu perbuatan yang dikeji kerana manusia dijadikan sebagai bahan dagangan bagi mengaut keuntungan. Organisasi Buruh Antarabangsa (ILO) melaporkan bahawa jenayah Pemerdagangan Orang mengaut keuntungan sebanyak USD 44.3 billion setahun selepas jenayah senjata api dan dadah. Di Malaysia, penularan jenayah seperti ini kini menjadi-jadi sehingga kerajaan terpaksa mengambil langkah yang drastik untuk menanganinya.

*** Untuk bacaan tambahan, sila rujuk artikel 8 saya selanjutnya yang berjudul "Pemerdagangan Orang: Antara Cabaran dan Usaha" dalam buku KRU 2.
Gambar hiasan:



Tiada ulasan:

Catat Ulasan