Khamis, 29 Oktober 2015

ISU KARANGAN YANG PERLU DIFOKUSKAN - ISU 10

PERSEDIAAN MENGHADAPI KERTAS BAHASA MELAYU 1 SPM 2015:
ISU KARANGAN YANG PERLU DIFOKUSKAN - ISU 10

Masalah kesesakan jalan raya sudah menjadi perkara serius dan setiap penyelesaian yang dicari haruslah bukan sekadar bertujuan untuk melegakan kesesakan untuk tempoh setahun dua sahaja, tetapi perlu mengambil kira unjuran keadaan lalu lintas 20 atau 30 tahun yang akan datang. Lantaran itu, baru-baru ini pihak Kementerian Pengangkutan menyasarkan sebanyak 25 peratus penduduk di negara ini menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam menjelang 2015.
Sebenarnya, sasaran itu bertujuan untuk mengurangkan kesesakan jalan raya di beberapa bandar besar di negara ini selain mengurangkan pencemaran alam sekitar. Kebanyakan bandar di negara maju, 60 peratus penduduk mereka menggunakan pengangkutan awam, tetapi di negara kita setakat ini, hanya 16 peratus penduduk menggunakan pengangkutan awam dan masih belum mencukupi untuk mengurangkan masalah kesesakan jalan raya di negara ini. Faktor kelemahan sistem dan mutu perkhidmatan pengangkutan awam yang kurang memuaskan telah menyebabkan jumlah warga kota memilih untuk menggunakan kenderaan sendiri. Akhirnya, kesesakan ini menjadi sebahagian daripada beban dan tekanan kehidupan harian masyarakat kota, dan lebih buruk lagi, membentuk satu stigma dan imej negatif yang sedikit sebanyak membawa kesan terhadap usaha kita untuk memasarkan Malaysia sebagai destinasi perniagaan dan pelancongan.

*** Untuk bacaan tambahan sila rujuk artikel 19 saya selanjutnya yang berjudul "Meningkatkan Mutu Perkhidmatan Pengangkutan Awam" dalam buku KRU 1.
 Gambar hiasan.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan