Selasa, 6 Oktober 2015

BETULKAN YANG BIASA & BIASAKAN YANG BETUL: DARI ATAU DARIPADA???

BETULKAN YANG BIASA DAN BIASAKAN YANG BETUL.
Sepatutnya kata sendi nama yang betul ialah "DARIPADA" dan bukan "DARI".
Dari dan daripada ialah kata sendi nama yang letaknya di hadapan frasa nama. Kata sendi nama 'dari' digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat atau waktu atau masa. Sementara kata sendi nama 'daripada' hanya digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca bagi manusia, haiwan atau benda, asal kejadian dan sumber atau unsur perbandingan atau perbezaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan