Ahad, 15 November 2009

SEGMEN BAHASA 12: SENARAI SEMAK ISU KARANGAN TERDAHULU

SENARAI SEMAK ISU KARANGAN TERDAHULU (SPM 2004 - 2009)

SPM kini semakin hampir dan berbaki dua hari lagi sebelum calon berhadapan dengan Kertas Bahasa Melayu 1 (1103/1) yang terdiri daripada dua bahagian. Bahagian A mengemukakan karangan berdasarkan bahan rangsangan, manakala Bahagian B pula mengemukakan karangan respons terbuka dengan jumlah markah keseluruhan sebanyak 130 markah. Bagi mengurangkan bebanan kepada pelajar supaya tidak mengulang kaji isu yang sama berikut dikemukakan senarai semak bagi isu karangan terdahulu yang diuji dalam peperiksaan SPM November (N) dan SPM Ulangan (U) sejak 2004 hingga SPMU 2009. Hal ini demikian kerana biasanya isu yang sama tidak diulang dalam tempoh yang terdekat.

ANALISIS KERTAS BAHASA MELAYU 1 BERDASARKAN TEMA

(BAHAGIAN A) = 30 MARKAH

ahun

SPM

Tema

Tugasan Soalan

2004

N

Pembangunan dan Alam sekitar

Isu pembangunan & alam sekitar

2005

U

Tanah terbiar

Masalah tanah & penyelesaiannya.

N

Gejala vandalisme

Usaha-usaha untuk menangani gejala vandalisme

2006

U

Sijil Pelajaran Malaysia

Peluang untuk melanjutkan pelajaran selepas SPM

N

Program Latihan Khidmat Negara

Isu yang dibincangkan dalam dialog tersebut.

2007

U

Aktiviti Masa Lapang

Aktiviti yang berfaedah untuk mengisi masa lapang.

N

Menjaga kebersihan tanggungjawab semua

Usaha untuk menjaga kebersihan kawasan persekitaran.

2008

U

Kegiatan dalam bidang pertanian

Peluang kerjaya dalam bidang pertanian di Malaysia.

N

Pencemaran Sungai

Punca-punca pencemaran sungai.

2009

U

Bantuan kepada mangsa banjir

Sumbangan untuk membantu mangsa banjir.

N

?

?










ANALISIS KERTAS BAHASA MELAYU 1 MENGIKUT DIMENSI

(BAHAGIAN B) = 100 MARKAH

DIMENSI REMAJA & REMAJA

Tahun

SPM

Format Karangan

Isu yang diajukan

2004

U

Pendapat

Kesan negatif menonton televisyen

N

Perbincangan

Peranan remaja

2005

U

Pendapat

Cita-cita – Cabaran & langkah

N

Ulas pernyataan

Gaya hidup dan berpakaian

2006

U

Syarahan

Amalan Gaya Hidup Sihat

N

Pendapat

Faedah-faedah menguasai ICT

2007

U

Pendapat

Cara-cara berjimat cermat

N

Syarahan

Rukun Negara membentuk rakyat berkualiti

2008

U

Pendapat

Kebaikan Amalan Kitar Semula

N

Laporan

Majlis Anugerah Cemerlang di sekolah

2009

U

Pendapat

Persiapan untuk temu duga

N

?

?

DIMENSI – REMAJA & KELUARGA

2004

U

Wawancara

Rahsia kejayaan ahli sukan

N

Keperihalan

Tokoh sanjungan

2005

U

Komen

Keruntuhan akhlak remaja

N

Pendapat

Pembentukan sahsiah anak-anak

2006

U

Komen

Faktor kejayaan seseorang

N

Ceramah

Menghargai jasa ibu bapa

2007

U

Pendapat

Kebaikan majlis rumah terbuka

N

Pendapat

Kebaikan waktu bekerja lima hari seminggu

2008

U

Perbincangan

Hubungan baik dalam keluarga

N

Pendapat

Ciri-ciri petempatan impian anda sekeluarga

2009

U

Syarahan

Keluarga bahagia penentu kecemerlangan anak-anak.

N

?

?

DIMENSI REMAJA & MASYARAKAT /NEGARA

2004

U

Pendapat

Faedah lebuh raya kepada rakyat dan negara

U

Laporan

Destinasi pelancongan

N

Rencana

Persediaan untuk menghadapi persaingan kerja.

2005

U

Syarahan

Budi Bahasa Amalan Mulia

N

Rencana

Meningkatkan mutu sukan negara.

2006

U

Pendapat

Aktiviti mengukuhkan perpaduan rakyat

N

Pendapat

Memajukan industri pertanian negara

2007

U

Rencana

Kesan Buruk Tabiat Merokok

N

Pendapat

Peranan institusi pendidikan berasaskan kemahiran

2008

U

Pidato

Dadah Membawa Padah

N

Pendapat

Penyakit demam denggi – faktor dan langkah bagi menanganinya.

2009

U

Pendapat

Kebaikan aktiviti sukan lasak

N

?

?


DIMENSI REMAJA & ANTARABANGSA

2004

N

Syarahan

Keluarga Bahagia Penjana Masyarakat Harmoni

2005

U

Perbincangan

Kewajaran memelihara hubungan diplomatik

N

Komentar

Persengketaan & peperangan menjejaskan keharmonian sosial & perkembangan ekonomi dunia.

2006

U

Pendapat

Mengekalkan kesejahteraan & keamanan dunia.

N

Perbincangan

Kerjasama serantau menangani masalah jerebu.

2007

U

Perbahasan (Pencadang)

Kemasukan Pekerja Asing Membawa Kebaikan kpd. negara

N

Pendapat

Sumbangan untuk membantu negara-negara miskin

2008

U

Pendapat

Peranan untuk mempromosikan negara di peringkat antarabangsa.

N

Pendapat

Mengeratkan hubungan masyarakat dunia melalui sukan.

2009

U

Pendapat

Meningkatkan pengeluaran bahan makanan

N

?

?

DIMENSI KOMSAS

2004

U

Cerpen

Menulis cerpen dalam akhbar (tanpa tema).

N

Pendapat

Memartabatkan golongan dalam bidang sastera.

2005

U

Pendapat

Mempopularkan sastera tradisional.

N

Cerpen

Peribahasa: “Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.”

2006

U

Pendapat

Menggalakkan remaja membaca karya semangat patriotik.

N

Komentar

Penghayatan nilai murni dalam karya sastera membentuk peribadi.

2007

U

Pendapat

Kelebihan membaca karya sastera.

N

Cerpen / skrip drama

Berakhir dengan dialog yang dikemukakan.

2008

U

Cerpen

Peribahasa: “Belakang parang pun jikalau diasah nescaya tajam.

N

Pendapat

Bincangkan kepentingan amalan berbudi bahasa dalam masyarakat.

2009

U

Pendapat

Mempromosikan seni & budaya Malaysia ke luar negara.

N

?

?

SELAMAT MAJU JAYA!!!

Sabtu, 14 November 2009

JERAYAWARA BAHASA 18: SEKOLAH SULTAN ALAM SHAH

Terima kasih tidak terhingga saya ucapkan kepada Cikgu Asmadira Hashim (Ketua Panitia Bahasa Melayu) dari Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya kerana mengundang saya untuk mengisi program jerayawara bahasa sebelum menjelang peperiksaan SPM yang dijadualkan bermula pada 18 November 2009. Tidak ketinggalan juga kepada Tuan Pengetua dan guru-guru Bahasa Melayu sekolah tersebut kerana memberi kesempatan kepada saya untuk bersama-sama pelajar SAS yang telah memberi kerjasama yang cukup baik dan sentiasa ceria sepanjang ceramah saya pada hari Jumaat bermula jam 8.15 hingga 10.45 malam. Mudah-mudahan dengan input terakhir yang diberikan kepada mereka dapat dimanfaatkan dan semoga mereka memperoleh kejayaan yang cemerlang.
SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN SPM 2009!

Khamis, 12 November 2009

CAKNA 34: MAJLIS JAMUAN AKHIR TAHUN



Bertempat di Hotel Bay View, Melaka petang semalam Kelab Staf SMK Klebang Besar telah menganjurkan majlis jamuan akhir tahun jam 2.30 petang. Majlis yang dihadiri oleh sebahagian besar guru dan kakitangan sekolah, bersama-sama YDP PIBG, Mejar (B) Tuan Hj. Ma'amin Ahmad merupakan acara tahunan anjuran kelab staf yang dipengerusikan oleh Puan Juriah Judin berserta Ahli-ahli Jawatankuasanya.

Selain ucapan Tuan Pengetua, aktiviti sampingan seperti "Siapa Cepat, Dia Dapat", acara memotong kek, dan cabutan nombor bertuah telah diadakan bagi memeriahkan suasana majlis tersebut. Dalam ucapan ringkas, Tuan Pengetua, Puan Azallah Mohd. Salleh sempat mengingatkan guru-guru untuk bermuhasabah diri tentang tugas dan peranan guru yang berkualiti. Walau bagaimanapun tidak semua warga SMK Klebang Besar yang sempat hadir kerana sebahagian kecil guru terlibat dalam mesyuarat penyelarasan pemeriksaan kertas, kursus, dan sebagainya. Sesungguhnya majlis seumpama ini memberi kesempatan untuk warga sekolah mengeratkan silaturahim antara guru dan staf sokongan, di samping beramah mesra, dan meninggalkan beban kerja rutin buat seketika.

Isnin, 9 November 2009

KOMSAS 14: NOVEL TERBAHARU ZON 3

Berikut disertakan gambar novel-novel terbaharu berserta anotasinya bagi zon negeri Melaka, Pahang, Terengganu, dan Kelantan untuk edisi murid Tingkatan 1 dan 4 yang akan digunakan mulai tahun 2010.

ZON 3: NEGERI MELAKA, PAHANG, TERENGGANU, DAN
KELANTAN

Gara-gara merajuk dengan kedua-dua ibu bapanya,
Halim mengambil keputusan untuk lari dari rumah.
Hanya itu sahaja jalan yang terlintas dalam fikirannya ketika itu.
Namun begitu, Halim tersilap langkah. Perhitungannya telah membawa padah.
Pertemuannya dengan Abang Joe menambahkan lagi kekusutan sehingga dia
terperangkap dengan tipu daya Abang Joe. Apakah yang terjadi selanjutnya?
Novel Tingkatan 1 - Bukan Duniaku, karya Aida Shahira, terbitan Karya Hartamas Enterprise.

Novel Tingkatan 4 - Renyah, karya Gunawan Mahmood, terbitan Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Seorang insan bergelar bapa selama-lamanya
menginginkan yang terbaik buat anak-anak.
Cuma anak-anak yang selalu hanyut dalam
keinginan sendiri. Apalagi jika sudah terbiasa
nyaman dalam zon selesa.
Dan dunia niaga tiada ruang untuk penghuni zon selesa.
Persaingan dan perlumbaan sentiasa menuntut,
kesungguhan, kelicikan, dan kebijaksanaan.
Renyah oleh seaneka kemelut, Dolhi-Albert Holding
menjadi medan uji akan erti kejujuran,
akan erti setiakawan
akan erti perjuangan


** SELAMAT MEMBACA & MENGHAYATI NOVEL-NOVEL TERSEBUT.

Sabtu, 7 November 2009

JERAYAWARA BAHASA 17: PUSAT AKTIVITI KANAK-KANAK (JKM)



Peperiksaan SPM semakin hampir dan kini tinggal hanya 10 hari lagi bagi bakal calon di seluruh negara yang akan menghadapi peperiksaan tersebut. Pelbagai usaha telah dijalankan di pihak sekolah, daerah, dan negeri bagi memastikan para pelajar benar-benar bersedia sebelum memasuki dewan peperiksaan. Malah, sehingga saat terakhir seperti ini masih lagi ada pihak yang berusaha untuk membantu pelajar dengan pelbagai aktiviti motivasi dan pendedahan teknik menjawab soalan.

Hari ini saya diberi kesempatan untuk bersama-sama dengan kumpulan pelajar dari Pusat Aktiviti Kanak-kanak yang dianjurkan oleh pihak KEMAS negeri Melaka untuk program pecutan terakhir bertempat di Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kg. Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka jam 11.00 pagi. Sebanyak 100 lebih pelajar terpilih dari daerah Jasin, Alor Gajah, Masjid Tanah, dan Melaka Tengah telah dibawa ke kompleks tersebut untuk selama 2 hari 1 malam. Beberapa siri ceramah motivasi dan teknik menjawab soalan diatur oleh pihak pengurusan Insan HRD Consultancy, yang diterajui oleh Encik Nordin bin Kamsin. Meskipun, peperiksaan SPM semakin hampir, namun semangat mereka untuk terus menimba ilmu tidak ada titik noktah. Mudah-mudahan semangat dan usaha mereka diberkati dan mampu memperoleh kejayaan cemerlang.

Khamis, 5 November 2009

KOMSAS 13: SENARAI NOVEL BAHARU MENGIKUT ZON 2010

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, mulai tahun 2010 pelajar-pelajar Tingkatan 1 dan 4 akan menggunakan teks antologi baharu yang terdiri daripada antologi Harga Remaja untuk Tingkatan 4 dan Kasut Kelopak Jantung untuk Tingkatan 1. Kedua-dua antologi tersebut akan menggantikan teks antologi Sehijau Warna Daun (Tingkatan 1) dan Anak Laut (Tingkatan 4) yang telah digunakan selama 10 tahun. Selain itu, mereka juga akan mengkaji novel-novel baharu mengikut zon masing-masing yang telah ditetapkan seperti berikut:


ZON 1 : NEGERI PERLIS, KEDAH, PULAU PINANG,
DAN PERAK



Novel Tingkatan 1 - Hikmah, karya Mohd. Faris Ikmal terbitan V. Nice Resources Sdn. Bhd.

Novel Tingkatan 4 - Asfa Hanani, karya Halis Azhan Mohd. Hanafiah, terbitan Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.


ZON 2 : NEGERI SELANGOR, NEGERI SEMBILAN, WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR & PUTRAJAYA

Novel Tingkatan 1 - Sukar Membawa Tuah, karya M.Z. Erlysha, terbitan Rindu Senja Sdn. Bhd.

Novel Tingkatan 4 - Papa...(Akhirnya Kau Tewas Jua), karya Deana Yusof, terbitan Pekan Buku Publications Sdn. Bhd.


ZON 3: NEGERI MELAKA, PAHANG, TERENGGANU, DAN KELANTAN

Novel Tingkatan 1 - Bukan Duniaku, karya Aida Shahira, terbitan Karya Hartamas Enterprise.


Novel Tingkatan 4 - Renyah, karya Gunawan Mahmood, terbitan Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.






ZON 4: NEGERI JOHOR BAHRU, SABAH, SARAWAK, DAN WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN.

Novel Tingkatan 1 - Istana Menanti, karya Abd. Latip Talib, terbitan Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Novel Tingkatan 4 -
Melunas Rindu, karya Hartini Hamzah, terbitan Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Rabu, 4 November 2009

RENCANA UMUM 15: PEMETAAN CERPEN "KASUT KELOPAK JANTUNG"


Mulai sesi persekolahan 2010, semua murid Tingkatan 1 di seluruh negara akan menggunakan teks antologi KOMSAS yang baharu berjudul Kasut Kelopak Jantung, karya Ghazali Lateh, iaitu berdasarkan judul salah sebuah cerpen yang termuat di dalam antologi tersebut. Hal ini bermakna mulai tahun hadapan, antologi Sehijau Warna Daun akan diganti setelah digunakan selama 10 tahun untuk peringkat Penilaian Menengah Rendah (PMR) selain dua antologi yang lain, iaitu Seuntai Kata Untuk Dirasa dan Anak Bumi Tercinta.. Membaca judul antologi tersebut sahaja, murid pasti teruja untuk mengetahui kisah yang dipaparkan dalam cerpen tersebut. Oleh itu, murid-murid yang bakal masuk Tingkatan 1 mulai 2010, diharap dapat menggunakan masa cuti sekolah yang panjang ini untuk membaca kesemua karya yang termuat di dalam antologi berkenaan.

Berdasarkan cerpen tersebut, fokus perbincangan dalam makalah kali ini tertumpu pada contoh pemetaan cerpen Kasut Kelopak Jantung bagi memudahkan pemahaman murid untuk menguasai dan menghayati cerpen tersebut dengan baik.


* Ikuti tulisan saya selanjutnya di dalam majalah Dewan Siswa, November 2009

Selasa, 3 November 2009

PENGAJARAN BAHASA: 5 PENGGUNAAN KAMUS DALAM TALIAN






KaryaNet ialah portal penerbitan dalam talian bagi meningkatkan mutu
dan bilangan penerbitan ilmiah, serta bahan rujukan dalam bahasa Melayu. Sasaran KaryaNet ialahpengguna yang ingin mendapatkan bahan ilmiah dan rujukan dalam bahasa Melayu, serta mereka yang ingin mendalami bahasa tersebut. Hal tersebut dapat direalisasikan dengan adanya pelbagai laman carian lain yang terdiri daripada Istilah, Kamus Komputer, Kamus Pelajar, Kamus Dewan, Kamus Inggeris Melayu Dewan, Peribahasa Sekolah Menengah, dan Kamus Istimewa Peribahasa Melayu. KaryaNet turut menyediakan kemudahan berkarya, penerbitan, dan penjualan bahan-bahan terbitan melalui internet. Hakikatnya, baan dalam talian dapat digunakan untuk aktiviti pengajaran dan pemelajaran bahasa. Seperti Tesaurus Umum Bahasa Melayu, Kamus Pelajar atau Kamus Dewan, edisi ketiga, yang terdapat dalam laman Dewan Bahasa dan Pustaka bersama-sama IGD Hitech Corporation (IGD) menerusi portal KaryaNet, iaitu http://www.karyanet.com.my/knetbeta/index.php?tpf=lamanutama dapat juga digunakan untuk aktiviti pengajaran dan pemelajaran bahasa. Namun demikian, tidak banyak guru atau pelajar yang menyedari wujudnya kemudahan tersebut, sekali gus memanfaatkannya dalam konteks pengajaran dan pemelajaran di kelas.
Ikuti tulisan saya selanjutnya di dalam majalah Pelita Bahasa, November 2009

Ahad, 1 November 2009

CAKNA 33: ANALISIS PERBANDINGAN SOALAN BAHASA MELAYU - PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM ANTARA NEGERI 2009

Tarikh 18 November 2009 (Rabu) pasti menjelang dan kini ambang peperiksaan semakin hampir, serta sangat bermakna bagi kesemua bakal calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009. Pada peringkat ini, saya pasti sebahagian besar pelajar telah pun bersiap sedia untuk menghadapi kertas tersebut dengan membuat pelbagai persiapan dan latih tubi dari semasa ke semasa. Selain itu, di peringkat negeri masing-masing, rata-rata pelajar sudah pun selesai menduduki soalan peperiksaan percubaan yang diselaraskan sama ada peringkat daerah atau pun negeri. Lazimnya soalan-soalan yang diuji pada peringkat peperiksaan percubaan selaras merupakan soalan yang dijangkakan dan kemungkinan besar keluar dalam peperiksaan SPM yang sebenar berdasarkan analisis kekerapan yang diuji pada tahun-tahun yang lalu. Walau bagaimanapun jika terdapat persamaan dengan soalan-soalan yang keluar dalam peperiksaan SPM yang sebenar, hal ini mungkin secara kebetulan sahaja. Hal ini mungkin disebabkan panel yang menyediakan soalan peperiksaan percubaan kebiasaannya terdiri daripada kalangan guru yang berpengalaman dalam mata pelajaran tersebut.


Berikut disertakan analisis perbandingan bentuk soalan peperiksaan percubaan antara negeri yang dikumpulkan dari beberapa negeri yang berkenaan agar dapat membantu bakal calon SPM untuk membuat persiapan terakhir:



1. ANALISIS KERTAS BAHASA MELAYU 1

2.
ANALISIS KERTAS BAHASA MELAYU 2


* Ulasan selanjutnya ikuti tulisan saya di dalam majalah FOKUS SPM, November 2009.

SELAMAT MAJU JAYA DAN SEMOGA MENDAPAT KEJAYAAN YANG CEMERLANG!!



RENCANA UMUM 14: MENINGKATKAN MUTU PERKHIDMATAN PENGANGKUTAN AWAM




Masalah kesesakan jalan raya sudah menjadi perkara serius dan setiap penyelesaian yang dicari haruslah bukan sekadar bertujuan melegakan kesesakan untuk tempoh setahun dua sahaja, tetapi perlu mengambil kira unjuran keadaan lalu lintas 20 atau 30 tahun yang akan datang. Lantaran itu, baru-baru ini pihak Kementerian Pengangkutan menyasarkan sebanyak 25 peratus penduduk di negara ini menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam menjelang 2015. Sasaran itu bertujuan mengurangkan kesesakan jalan raya di beberapa bandar besar di negara ini selain mengurangkan pencemaran alam sekitar. Kebanyakan bandar di negara maju, 60 peratus penduduk mereka menggunakan pengangkutan awam, tetapi di negara kita setakat ini, hanya 16 peratus penduduk menggunakan pengangkutan awam dan masih belum mencukupi untuk mengurangkan masalah kesesakan jalan raya di negara ini. Faktor kelemahan sistem dan mutu perkhidmatan pengangkutan awam yang kurang memuaskan telah menyebabkan jumlah warga kota memilih untuk menggunakan kenderaan sendiri. Akhirnya, kesesakan ini menjadi sebahagian daripada beban dan tekanan kehidupan harian masyarakat kota, dan lebih buruk lagi, membentuk satu stigma dan imej negatif yang sedikit sebanyak membawa kesan terhadap usaha kita untuk memasarkan Malaysia sebagai destinasi perniagaan dan pelancongan.


Ikuti selanjutnya tulisan saya di dalam majalah FOKUS SPM, November 2009

Sabtu, 31 Oktober 2009

JERAYAWARA BAHASA 16: SMK TUNKU AMPUAN NAJIHAH, SEREMBAN


Pagi ini saya berkesempatan ke SMK Tunku Ampuan Najibah, Seremban, Negeri Sembilan. Program jerayawara bahasa bermula jam 8.30 pagi hingga 11.oo pagi dalam suasana yang dingin setelah hujan turun sejak awal pagi. Bagi saya, secara kebetulan kemungkinan besar program jerayawara bahasa ini merupakan program yang terakhir untuk tahun ini kerana Peperiksaan SPM akan bermula pada 18 November 2009. Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada khususnya Puan Hjh. Noriah Akmal bt. Abdul Aziz (GKMP Bahasa) dan Datin Hjh. Zuraidah bt. Hj. Hashim (Pengetua) kerana masih sudi menerima kunjungan saya ke sekolah mereka untuk kali ketiga setakat ini. Meskipun peperiksaan SPM sudah semakin hampir, namun semangat yang ditunjukkan oleh pelajar-pelajar yang hadir untuk program tersebut, di samping menggantikan cuti sekolah sempena sambutan Hari Deepavali tempoh hari masih berkobar-kobar. Tidak ketinggalan juga saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga atas kerjasama guru-guru Bahasa Melayu yang lain termasuk Puan Fauziah Hashim (KP Bahasa Melayu), Puan Suzana, dan Encik Che Tajul Ab. Samad, dan Kaunselor SMKTAN, Puan Chew Boon Ngee.