Khamis, 12 November 2009

CAKNA 34: MAJLIS JAMUAN AKHIR TAHUN



Bertempat di Hotel Bay View, Melaka petang semalam Kelab Staf SMK Klebang Besar telah menganjurkan majlis jamuan akhir tahun jam 2.30 petang. Majlis yang dihadiri oleh sebahagian besar guru dan kakitangan sekolah, bersama-sama YDP PIBG, Mejar (B) Tuan Hj. Ma'amin Ahmad merupakan acara tahunan anjuran kelab staf yang dipengerusikan oleh Puan Juriah Judin berserta Ahli-ahli Jawatankuasanya.

Selain ucapan Tuan Pengetua, aktiviti sampingan seperti "Siapa Cepat, Dia Dapat", acara memotong kek, dan cabutan nombor bertuah telah diadakan bagi memeriahkan suasana majlis tersebut. Dalam ucapan ringkas, Tuan Pengetua, Puan Azallah Mohd. Salleh sempat mengingatkan guru-guru untuk bermuhasabah diri tentang tugas dan peranan guru yang berkualiti. Walau bagaimanapun tidak semua warga SMK Klebang Besar yang sempat hadir kerana sebahagian kecil guru terlibat dalam mesyuarat penyelarasan pemeriksaan kertas, kursus, dan sebagainya. Sesungguhnya majlis seumpama ini memberi kesempatan untuk warga sekolah mengeratkan silaturahim antara guru dan staf sokongan, di samping beramah mesra, dan meninggalkan beban kerja rutin buat seketika.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan