Khamis, 4 Februari 2010

SEGMEN BAHASA 16: ULASAN SOALAN RUMUSAN & PEMAHAMAN UMUM - SIRI 2

Rencana kali ini merupakan siri kedua bagi ulasan soalan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009 dan fokus perbincangan tertumpu pada soalan 1, iaitu Rumusan berserta soalan nombor 2(a) tentang soalan pemahaman berdasarkan petikan umum. Soalan 1 ini memperuntukkan sebanyak 30 markah berdasarkan petikan umum yang dipetik dan diubahsuaikan daripada petikan rencana majalah tempatan. Petikan rencana umum yang terpilih sebagai bahan rangsangan tahun lalu terdiri daripada makalah yang disiarkan di dalam majalah Dewan Kosmik, Februari 2007, bertajuk “Tidur dari Segi Saintifik”, oleh Danial Zainal Abidin.

Soalan rumusan lazimnya merupakan soalan paling popular saban tahun yang memerlukan empat elemen utama ketika menulis rumusan yang lengkap. Elemen-elemen yang dimaksudkan terdiri daripada pendahuluan, isi tersurat, isi tersirat, dan kesimpulan. Seperti yang calon SPM sedia maklum, bahawa jumlah isi keseluruhan bagi setiap rumusan ialah 10 isi yang terdiri daripada 1 isi untuk pendahuluan, 6 isi untuk isi tersurat, 2 isi untuk isi tersirat, dan 1 isi untuk kesimpulan. Setiap isi membawa 2 markah menjadikan jumlah markah isi sebanyak 20 markah dan ditambah lagi dengan markah bahasa sebanyak 10 markah, iaitu separuh daripada markah isi menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 30 markah.

Ikuti rencana saya selanjutnya di dalam majalah FOKUS SPM, Februari 2010.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan