Sama ada disedari ataupun tidak, diam tak diam pengajaran dan pemelajaran KOMSAS dalam mata pelajaran Bahasa Melayu sudah pun memasuki tahun ke-10 bagi peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Hal itu dikatakan demikian kerana penekanan terhadap pengajaran dan pemelajaran KOMSAS bermula pada tahun 2000 secara serentak bagi peringkat tingkatan satu dan empat. Pada tahun 2001, KOMSAS diajarkan kepada pelajar tingkatan dua dan lima, diikuti oleh pelajar tingkatan tiga pada tahun 2002. Pada peringkat permulaan, murid di Tingkatan 1 didedahkan dengan antologi Sehijau Warna Daun, manakala murid Tingkatan 4 pula didedahkan dengan antologi Anak Laut. Bagi murid Tingkatan 2 pula mereka menggunakan antologi Seuntai Kata Untuk Dirasa, murid Tingkatan 3 pula menggunakan antologi Anak Bumi Tercinta, manakala murid Tingkatan 5 menggunakan antologi Kerusi. Sejak itu, kedua-dua buah antologi peringkat menengah atas telah diuji dalam peperiksaan SPM mulai tahun 2001 dan ketiga-tiga buah antologi peringkat menengah rendah telah diuji dalam peperiksaan PMR pada tahun 2002.
Ikuti rencana saya selanjutnya di dalam majalah Pelita Bahasa, Februari 2010.
Ikuti rencana saya selanjutnya di dalam majalah Pelita Bahasa, Februari 2010.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan