Selasa, 2 Julai 2013

PROGRAM JERAYAWARA BAHASA DI SM TEKNIK KUALA SELANGOR









Tarikh: 1 Julai 2013 (Isnin)
Masa: 9.00 pagi - 1.30 tengah hari
Tempat: Dewan Lestari SMT Kuala Selangor

Terima kasih kepada Tuan Hj. Megat Salleh Md. Arshad (Jemaah Nazir merangkap YDP PIBG SM Teknik Kuala Selangor) yang berusaha membawa saya ke sekolah ini untuk mengendalikan Program Jerayawara Bahasa buat kali pertama. Juga tidak ketinggalan kepada Ketua Panitia Bahasa Melayu, Puan Mahani M. San, guru-guru Bahasa Melayu dan semua pelajar tingkatan 4 dan 5 yang turut terlibat dalam program tersebut. Kerjasama kalian sangat memberangsangkan dan semoga mendapat suntikan semangat baharu sekali gus dapat memanfaatkan segala input yang disampaikan bagi menghadapi kertas Bahasa Melayu peringkat SPM kelak.

PROGRAM JERAYAWARA BAHASA DI SM SAINS KUALA SELANGOR









Tarikh: 30 Jun 2013 (Ahad)
Masa : 9.00 pagi - 2.00 petang
Tempat; Dewan Prima SM Sains Kuala Selangor

Terima kasih kepada Cikgu Nor Midza (GKMP Bahasa), Cikgu Norhawa, guru-guru Bahasa Melayu kerana memberi ruang dan peluang untuk saya mengendalikan Program Jerayawara Bahasa. Tidak ketinggalan juga kepada semua pelajar yang terlibat dan semoga kalian mendapat input yang berguna menjelang peperiksaan SPM yang dijadualkan bermula pada 6 November 2013. Semoga kalian memperoleh kejayaan yang cemerlang.

Khamis, 27 Jun 2013

PROGRAM JERAYAWARA BAHASA DI SMK ST. COLUMBA, MIRI, SARAWAK








Tarikh: 23 JUN 2013 (Ahad)
Masa : 9.00 pagi - 12.30 tengah hari
Tempat: Dewan SMK St. Columba
Terima kasih kepada Cikgu Mohd. Faisal Halim dari SMK Chong Hua kerana telah berusaha untuk membawa saya ke SMK St. Columba bagi mengendalikan program tersebut setelah gagal diadakan di SMK Chong Hua. Tidak ketinggalan juga kepada semua guru Bahasa Melayu SMK St. Columba dan pelajar yang terlibat sepanjang program tersebut berlangsung. Semoga input yang disampaikan selama 3 jam sementara menunggu penerbangan balik pada pukul 3.50 petang dapat dimanfaatkan sepenuhnya bagi menghadapi peperiksaan SPM kelak.

PROGRAM JERAYAWARA BAHASA DI SMK LIMBANG, SARAWAK











Tarikh: 22 JUN 2013 (Sabtu)
Masa  : 9.00 pagi - 2.00 petang
Tempat: Dewan Terbuka SMK Limbang

Terima kasih yang tidak terhingga khususnya Puan Rodiah Talib, Pengetua, Cikgu Mohd. Afif, Cikgu Lily Thing, guru-guru yang memberi ruang dan peluang kepada saya untuk mengendalikan program ini buat kali pertama di SMK Limbang. Syabas dan tahniah kepada semua pelajar yang terbabit kerana memberikan kerjasama yang cukup baik tanpa sebarang gangguan sepanjang program tersebut berlangsung. Semoga kalian mendapat input yang dapat dimanfaatkan bagi menghadapi SPM kelak dan memperoleh kejayaan yang cemerlang. Tidak ketinggalan ucapan terima kasih saya tujukan kepada Cikgu Mohd. Afif kerana meraikan saya sepanjang saya berada di Limbang dari awal hingga lambaian terakhir di Lapangan Terbang Limbang. Jasamu saya kenang hingga akhir hayat.

Rabu, 19 Jun 2013

PROGRAM JERAYAWARA BAHASA DI ILP SANDAKAN








Tarikh: 15 Jun 2013(Sabtu)
Masa : 8.30 pagi - 2.00 petang
Tempat: Institut Latihan Perindustrian, Sandakan

Terima kasih yang tidak terhingga kepada Pengetua, Puan Suhana Anis, Encik Mohd. Nizamul, guru-guru SMK Elopura 2, Sandakan kerana memberi ruang dan kepercayaan kepada saya untuk mengendalikan program tersebut buat kali pertama. Tidak ketinggalan juga kepada semua guru dan murid daripada 21 buah sekolah menengah sekitar Sandakan yang turut mengambil bahagian dalam program tersebut. Semoga segala input yang disampaikan dapat dimanfaatkan sepenuhnya menjelang peperiksaan SPM kelak.

PROGRAM SUNTIKAN A+ SPM PETRONAS







Tarikh: 4 Jun 2013 (Selasa)
Masa: 2.00 - 5.30 petang
Tempat: Hotel Seri Malaysia, Ayer Keroh, Melaka

Terima kasih kepada Encik Kamarudin Bakar kerana memberi ruang kepada saya untuk mengendalikan program tersebut. Semoga semua peserta yang terlibat memperoleh manfaat yang berguna sebagai bekalan untuk menghadapi peperiksaan SPM kelak.