Sabtu, 5 November 2016

ISU KARANGAN YANG PERLU DIFOKUSKAN - ISU 5

PERSEDIAAN MENGHADAPI KERTAS BAHASA MELAYU 1 SPM 2016:
ISU KARANGAN YANG PERLU DIFOKUSKAN - ISU 5


       Suatu masa dahulu telefon bimbit memang merupakan suatu keperluan dalam kehidupan manusia untuk terus beinteraksi. Walaupun ketika itu kebanyakan telefon bimbit masih tidak begitu canggih seperti hari ini, tetapi keperluannya melebihi segala-galanya. Telefon bimbit kini dapat berfungsi sebagai pembantu peribadi, mendapatkan hiburan, lambang status, dan yang paling utama i...alah menjadi pendorong manusia untuk memenuhi kehendak yang tidak terbatas. Urusan rutin seperti membuat transaksi kewangan, memuat turun bahan hiburan dan gambar, menghantar atau menerima e-mel dan pesanan teks, semuanya boleh dibuat melalui telefon bimbit.
       Walaupun pada mulanya kehadiran teknologi telefon bimbit atau lebih dikenali sebagai telefon selular dianggap sebagai barang mahal yang dapat dimiliki oleh mereka yang mampu sahaja. Tetapi, kini semua orang dapat memiliki telefon bimbit kerana harganya yang berpatutan. Mengikut syarikat penyelidik ABI Research's Mobile Devices Research Service, sejumlah 900 juta telefon bimbit telah dipasarkan pada 2006. Pada September 2005 industri telefon bimbit telah mencatat pelanggannya yang ke-2 bilion. Reka cipta telefon bimbit kian menarik dan anggun, golongan yang mampu akan tetap terpikat dengan kemudahan ini. Tegasnya, telefon bimbit kini lebih merupakan keperluan dan bukan lagi untuk bergaya. Hal ini demikian kerana telefon bimbit mempunyai peranan dan sumbangannya dalam kehidupan kita seharian. Melaluinya kita dapat memperoleh maklumat, berita terkini, ilmu, gambar, data, menonton televisyen, mendengar radio, mengirim, dan menggunakan khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan mudah dan pantas.
**********

Perbincangan lanjut bolehlah tertumpu pada:

1. Kepentingan telefon bimbit dalam kehidupan harian.
2. Kesan penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar.
3. Perlukah penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar?
4. Penggunaan telefon bimbit satu keperluan dan bukan gaya hidup.


*** Untuk bacaan tambahan sila rujuk artikel-artikel saya yang berikut:
1. Artikel 18 yang berjudul "Telefon Bimbit: Antara Keperluan dan Gaya Hidup" dalam buku KRU 3.
2. Artikel 15 yang berjudul "Peranan Media Sosial: Pro & Kontra" dalam buku KRU 6.

Gambar hiasan.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan