Ahad, 26 Oktober 2014

MENJELANG PEPERIKSAAN SPM - FOKUS ISU 11

ISU KARANGAN YANG PERLU DIFOKUSKAN - 11

Peranan ibu bapa bukan terbatas kepada memberikan perlindungan, pendidikan dan keperluan asas sahaja, malah mencakupi soal pembentukan akhlak yang sempurna, serta keperibadian yang unggul agar menjadi generasi sempurna dari setiap sudut. Ibu bapa perlu lebih prihatin tentang kualiti kehidupan keluarga dan perlu sentiasa mengambil langkah-langkah untuk menanamkan nilai-nilai moral ke dalam diri anak-anak mereka yang diperlukan sebagai as...as sebuah masyarakat yang kukuh, stabil, dan bersatu padu. Keadaan ini tidak membawa apa-apa makna untuk mencapai pertumbuhan ekonomi yang dinamik dengan taraf hidup dan pendapatan per kapita yang tinggi jika tidak diimbangi dengan perkembangan nilai-nilai moral, kualiti hidup, dan pembangunan keluarga. Musim cuti persekolahan amat sesuai sekali digunakan untuk merapatkan hubungan kekeluargaan kerana ketika itu anak-anak berada sepenuhnya di bawah jagaan ibu bapa. Ibu bapa digalakkan membawa anak menemui ahli keluarga atau waris supaya mereka mengetahui saudara dan dapat mengukuhkan hubungan sedia terjalin. Oleh itu, menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk merapatkan hubungan dalam kalangan anak sejak kecil lagi supaya kita dapat melahirkan sebuah masyarakat penyayang.
**** Sila rujuk artikel 1 saya selanjutnya yang berjudul "Pengukuhan Institusi Kekeluargaan Tanggungjawab Bersama" dalam buku KRU 5.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan