Selasa, 24 Julai 2012

RENCANA 128: BENDUNG SEGERA "REALITI TV" MEMUALKAN


 
Jika ditelusuri, tahun 2003 menjadi detik bermulanya suatu kelainan dari segi pembaharuan ataupun evolusi dunia penyiaran di Malaysia. Ketika itu kebanyakan stesen penyiaran tempatan berlumba-lumba menerbitkan rancangan realiti. Sungguhpun konsep program realiti telah wujud lebih awal, namun tidak begitu popular dan mungkin masyarakat Malaysia ketika itu masih belum bersedia untuk menerima pakai konsep sedemikian. Tetapi, kini pelbagai program televisyen realiti (reality TV atau reality show) tumbuh bagai cendawan lepas hujan. Program TV realiti didefinisikan sebagai sebuah dokumentasi yang tidak mengikut perancangan skrip atau suntingan babak seperti membuat sebuah filem cereka atau drama. Watak-watak yang terlibat melakukan pergerakan mengikut kemahuan sendiri atau keperluan pada sesuatu ketika.
Ikutilah rencana umum saya selanjutnya bertajuk: "Bendung Segera 'Realiti TV' Memualkan" dalam majalah FOKUS SPM, keluaran Ogos 2012. Selamat membaca!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan