Khamis, 26 April 2012

PROGRAM MBMMBI DI PEJABAT PELAJARAN DAERAH, ALOR GAJAH, MELAKA






Tarikh: 24-26 April 2012
Tempat: Bilik Mesyuarat Pejabat Pelajaran Daerah, Alor Gajah, Melaka
Masa : 8.00 - 4.30 petang

Alhamdulillah buat kali pertama saya dilibatkan sebagai pemudah cara untuk mengendalikan Program Memartabatkan Bahasa Melayu Memperkukuh Bahasa Inggeris bagi Kursus Penghayatan Bahan Sastera dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu peringkat guru-guru sekolah menengah negeri Melaka. Program tersebut merupakan kolaborasi antara pihak Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Perempuan Melayu Melaka, Guru Cemerlang, dan Jurulatih Utama Jabatan Pelajaran Melaka. Sebanyak 25 orang guru Bahasa Melayu sekolah menengah negeri Melaka terlibat selama 3 hari berturut-turut. Pemudah cara yang turut terlibat menyampaikan slot masing-masing terdiri daripada Encik Ramly Abu, Encik Abang Saifuddin Abang Bohari, dan Puan Robiah Muhamad daripada IPGKPMM.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan