Isnin, 23 Januari 2012

PROGRAM JERAYAWARA BAHASA KE-2 DI PETRONAS PENAPISAN MELAKA









Alhamdulillah..Program Jerayawara Bahasa kedua sesi 2012 usai dengan jayanya yang bermula dari jam 2.00 hingga 5.30 petang pada 21 Januari 2012 (Sabtu) bertempat di Penapisan Petronas Melaka, Sungai Udang, Melaka. Terima kasih yang tidak terhingga kepada Encik Kamarudin Bakar yang memberi kepercayaan kepada saya untuk mengendalikan program tersebut.
Tidak ketinggalan juga syabas dan tahniah kepada pelajar yang terlibat dan bersemangat untuk disuntik dengan semangat baharu bagi merealisasikan impian untuk memperoleh A+ dalam SPM kelak. Jumpa lagi pada bulan Jun nanti untuk pengisian yang lebih mencabar. Terima kasih juga kerana sebahagian peserta yang turut membeli buku-buku KRU 1, 2 & 3 dan semoga dapat dimanfaatkan bagi menguasai kertas Bahasa Melayu 1 peringkat SPM kelak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan