Rabu, 20 Januari 2010

ULASAN KOMSAS 7: SINOPSIS BAB 4 - NOVEL RENYAH

Bab 4

Datuk Dolhi menyampaikan ceramah keusahawanannya dengan penuh semangat dan kata-kata bernas daripada tokoh-tokoh tertentu kepada sekumpulan pelajar Perdagangan pada petang itu. Belum sempat Datuk berehat di rumah, Datin Tominah menggesa Datuk untuk menemaninya ke Pertunjukan Busana Islam. Pertunjukan fesyen itu memang membosankan dan meletihkan buat Datuk kerana melayani sesuatu yang tidak digemarinya. Datin Tominah memujuk Datuk supaya membantunya membuka butik yang diidamkannya, tetapi Datuk seolah-olah tidak berapa yakin dengan kebolehan isterinya yang tidak ada pengalaman langsung dalam menguruskan perniagaannya. Bagi Datuk banyak perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum benar-benar melibatkan diri dalam perniagaan busana seperti itu. Datin agak kecewa kerana Datuk melemahkan semangatnya untuk berniaga. Sementara itu, di luar rumah Dani dan Ilham leka dengan minat masing-masing, manakala Amera leka dengan kerja sekolahnya, dan Mukhlis pula sedang beratib di bilik atas.

6 ulasan:

  1. TERIMA KASIH KERANA BUAT SINOPSIS BAB DEMI BAB MEMUDAHKAN KERJA KITAORANG

    BalasPadam
  2. NOVEL RENYAH NI BEST KALAU NAK DIBANDINGKAN DENGAN NOVEL DI HADAPAN PULAU. TAHNIAH!!!

    BalasPadam
  3. PLEASE....BUAT SINOPSIS UMUM DAN BUAT SINOPSIS BAB 5 HINGGA 24.PLZ...2x

    BalasPadam
  4. TERIMA KASIH.................

    BalasPadam
  5. PLESE...TOLONG BUAT LATAR,GAYA BAHASA,TEMA DAN LAIN2....PLESE................................

    BalasPadam
  6. TOLONG BUAT GAYA BAHASA DAN LAIN-LAIN... PLIZZZZZZ

    BalasPadam