Selasa, 8 September 2009

BERITA PENDIDIKAN: 4 - MENGHARUMKAN NAMA MALAYSIA DI PERSADA ANTARABANGSA

Adelina pelajar cemerlang Mary College


ADELINA RAISA (kiri) pelajar terbaik Pengajian Bahasa Inggeris di Queen Mary College, University of London, baru-baru ini.

KUALA LUMPUR: Pelajar Malaysia, Adelina Raisa Sufian, meraih anugerah Pelajar Keseluruhan Terbaik dengan kelulusan Kelas Pertama Ijazah Sarjana Muda Pengajian Bahasa Inggeris di Queen Mary College, University of London, sekali gus muncul pelajar pertama negara menerima anugerah berkenaan. Pelajar berusia 21 tahun itu mencipta sejarah tersendiri dipilih untuk anugerah Westfield Trust Prize for Outstanding Academic Achievement apabila memenangi anugerah paling berprestij universiti itu. Anak sulung pasangan Datuk Sufian Majid dan Datin Alissa Fitri itu berkata, beliau gembira dan bangga kerana mendapat kelulusan kelas pertama dan menggondol anugerah berkenaan kerana ia adalah impian dan cita-citanya ketika menjejak kaki ke universiti itu.

"Saya belajar bersungguh-sungguh dengan menetapkan sasaran tertentu. Yang penting adalah kesungguhan dan keyakinan diri. "Saya terpaksa menandingi ramai pelajar di London dan dari negara lain. Berbekalkan semangat yakin boleh, saya berjaya melakukannya. "Saya juga mendapat sokongan ibu bapa dan adik. Kata-kata rangsangan mereka memberikan suntikan semangat yang kuat kepada saya," katanya. Adelina Raisa yang mahir bermain piano dan mewakili universiti pada pertandingan koir, Matematik dan pelbagai aktiviti lain, berkata pelajar Malaysia boleh melakukan yang terbaik dalam pengajian bahasa Inggeris walaupun meneruskan pengajian di luar negara seperti di London yang penuh cabaran. Beliau pernah memenangi anugerah Headmaster's Prize' pada 2004 di Oakham School dan Anugerah Terbaik mata pelajaran Matematik, Inggeris dan Kimia pada tahun yang sama. Adelina berkata, beliau a akan bekerja di Malaysia. Saya sayang akan Malaysia kerana banyak peluang dan perlu menyumbang tenaga untuk negara.

Sumber: Bernama@ Berita Harian, 8 September 2009

Tiada ulasan:

Catat Ulasan