Khamis, 12 Mei 2016

PROGRAM JERAYAWARA BAHASA DI SMA AL-KHAIRIAH, SEGAMAT












Tarikh: 6 Mei 2016 (Jumaat)
Masa; 8.00 pagi
Tempat: Dewan SMA AL-Khairiah, Segamat

Terima kasih kepada Cikgu Zura kerana mengundang saya untuk kali pertama bagi menjayakan program tersebut pada hari ini (6 Mei 2016 - Jumaat jam 8.00 pagi. Syabas dan tahniah kepada semua pelajar yang hadir kerana memberikan kerjasama yang cukup baik sepanjang program tersebut berlangsung. Semoga kalian mendapat input yang bermanfaat bagi menghadapi kertas Bahasa Melayu peringkat SPM kelak dan memperoleh kejayaan yang cemerlang.

PROGRAM JERAYAWARA BAHASA DI SMK TENGKU MAHMUD ISKANDAR, LEDANG










Tarikh: 5 Mei 2016 (Khamis)
Masa : 11.30 pagi - 4.30 petang
Tempat: Dewan Seri Mutiara SMKTMI, Ledang
Terima kasih kepada Cikgu Mazurah Abu dan guru-guru Bahasa Melayu STMI kerana memberikan ruang dan kesempatan kepada saya untuk mengendalikan program tersebut pada 5 Mei 2016 jam 11.30 pagi. Syabas dan tahniah kepada semua pelajar yang terlibat kerana memberikan kerjasama yang cukup baik. Semoga kalian memperoleh input yang bermanfaat bagi membantu kalian menghadapi kertas Bahasa Melayu SPM kelak dan berjaya dengan cemerlang.

PRENCANA UMUM: MEMPERKASAKAN BELIA PEWARIS NEGARA


Ikutilah rencana saya selanjutnya yang berjudul "Memperkasakan Belia Pewaris Negara" dalam majalah Dewan Siswa, keluaran Mei 2016. Selamat membaca!


PROGRAM JERAYAWARA BAHASA DI SMK PEREMPUAN METHODIST, KUALA LUMPUR











Tarikh: 4 Mei 2016 (Rabu)
Masa: 8.00 pagi
Tempat: Dewan SMK Perempuan Methodist, Kuala Lumpur

Terima kasih kepada Cikgu Zaidah Ahmad, Cikgu Siti Aminah (Penyelaras) dan guru-guru Bahasa Melayu SMKPM kerana memberikan ruang dan kesempatan kepada saya untuk mengendalikan program tersebut buat kali pertama. Syabas dan tahniah kepada semua pelajar yang terlibat kerana memberikan kerjasama yang cukup baik sepanjang program tersebut berlangsung. Semoga kalian memperoleh input yang bermanfaat sekali gus membolehkan kalian menghadapi kertas Bahasa Melayu SPM kelak dengan kejayaan yang cemerlang.

PROGRAM JERAYAWARA BAHASA DI SMK AHMAD, PEKAN, PAHANG












Tarikh: 3 Mei 2016 (Selasa)
Masa: 8.00 pagi
Tempat: Dewan Masjid Sultan Hj. Ahmad Shah, Pekan, Pahang
Terima kasih kepada Cikgu Zaidah Ahmad, Cikgu Siti Aminah (Penyelaras) dan guru-guru Bahasa Melayu SMKPM kerana memberikan ruang dan kesempatan kepada saya untuk mengendalikan program tersebut buat kali pertama. Syabas dan tahniah kepada semua pelajar yang terlibat kerana memberikan kerjasama yang cukup baik sepanjang program tersebut berlangsung. Semoga kalian memperoleh input yang bermanfaat sekali gus membolehkan kalian menghadapi kertas Bahasa Melayu SPM kelak dengan kejayaan yang cemerlang.

RENCANA SASTERA DALAM BAHASA - PELITA BAHASA MEI 2016



Ikutilah rencana saya selanjutnya yang berjudul "Penggunaan Grafik dalam Novel Tirani" dalam majalah Pelita Bahasa, keluaran Mei 2016. Selamat membaca!

PROGRAM JERAYAWARA BAHASA DI SMK DATO' TAHA, GEMENCHEH, NEGERI SEMBILAN














Tarikh: 28 April 2016 (Khamis)
Masa: 8.30 pagi
Tempat: Dewan SMK Dato' Taha, Gemencheh, Negeri Sembilan

Terima kasih kepada Puan Hjh. Nur Kyra Anysa, Puan Marhida, dan guru-guru Bahasa Melayu SMKDT kerana memberikan ruang dan kepercayaan untuk saya mengendalikan program tersebut untuk kali kedua. Syabas dan tahniah kepada semua pelajar yang terbabit kerana memberikan kerjasama yang amat baik. Semoga kalian memperoleh input yang bermanfaat sekali gus menyuntik semangat untuk memperoleh kejayaan cemerlang dalam peperiksaan SPM kelak.