Ahad, 14 Jun 2015

PROGRAM JERAYAWARA BAHASA DI SMK SULTANAH BAHIYAH







Tarikh: 31 Mei 2015 (Ahad)
Tempat: Dewan SMK Sultanah Bahiyah
Masa : 2.30 petang
 
Terima kasih kepada Cikgu Norwati Mohd Zain dan guru-guru Bahasa Melayu SMK Sultanah Bahiyah kerana mengundang saya untuk berjerayawra bahasa dalam siri Kembara ke Utara hari kedua 31 Mei 2015 (Ahad) jam 8.00 pagi. Tahniah dan syabas kepada semua pelajar yang terbabit dan semoga kalian memperoleh manfaat dan input yang berguna bagi menghadapi peperiksaan SPM kelak.

PROGRAM JERAYAWARA BAHASA DI SM SAINS TUN SYED SHEH SHAHABUDIN








Tarikh: 30 Mei 2015 (Sabtu)
Tempat: Dewan Besar SMSTSSS
Masa  : 8.30 pagi
 
Terima kasih kepada Cikgu Fauziahusaini Saad dan guru-guru Bahasa Melayu SM Sekolah Menengah Sains Tun Syed Sheh Shahabudin kerana memberi ruang dan kesempatan untuk berjerayawara dalam siri Kembara Ke Utara pada 30 Mei 2015 (Sabtu) jam 8.30 pagi. Semoga segala input yang disampaikan dapat dimanfaatkan sebagai persediaan untuk menghadapi peperiksaan SPM kelak.

Rabu, 27 Mei 2015

PROGRAM JERAYAWARA BAHASA DI SM SAINS JOHOR, KLUANG, JOHOR









Tarikh: 23 Mei 2015 (Sabtu)
Masa : 8.30 pagi
Tempat: Dewan Sri Bakti SM Sains Johor

Terima kasih kepada Encik Shahrul Nizam (GKMP Bahasa), Puan Juliana Jumaat , guru-guru dan para pelajar kerana mengundang saya untuk mengendalikan program tersebut. Semoga segala input yang disampaikan dapat menyuntik semangat sekali gus melonjakkan prestasi mata pelajaran Bahasa Melayu peringkat SPM kelak.

PROGRAM JERAYAWARA BAHASA DI SMK AGAMA KOTA KINABALU












Tarikh: 17.5.2015 (Ahad)
Masa: 8.00 pagi
Tempat: Dewan SMK Agama Kota Kinabalu
Terima kasih yang tidak terhingga kepada Puan Halijah (GPK Kokum), Encik Md. Zabir, Cikgu Hasbi Muin , Cikgu Ida Noraidahwati dan pelajar-pelajar kerana sudi mengundang saya untuk kali pertama dalam Program Jerayawara Bahasa pagi ini. Semoga input yang disampaikan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh pelajar-pelajar SMKAKK sekali gus memperoleh kejayaan yang cemerlang. Syabas kerana memberikan kerjasama yang cukup baik sepanjang program tersebut berlangsung

PROGRAM JERAYAWARA BAHASA DI SMK BANDARAYA KOTA KINABALU










Tarikh: 16 Mei 2015 (Sabtu)
Tempat: Kompleks Kerajaan Persekutuan Sabah
Masa : 8.00 pagi

Terima kasih yang tidak terhingga kepada Pengetua (Puan Rafidah hj. Karaman), Puan Nong Zubaidah Sipil, Encik Saliman Samin, guru-guru dan pelajar SMK Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah kerana ruang dan kesempatan kepada saya untuk mengendalikan Program Jerayawara Bahasa buat kali pertama di sekolah ini. Tidak ketinggalan kepada guru-guru dan pelajar-pelajar sekolah berdekatan yang turut serta dalam program pagi ini. Semoga segala input yang disampaikan dapat menyuntik semangat kalian dalam menghadapi peperiksaan SPM kelak sekali gus melonjakkan prestasi mata pelajaran Bahasa Melayu yang cemerlang. Terima kasih juga kepada Pengetua kerana mengikuti ceramah saya dari mula hingga akhir dan syabas kerana satu-satunya Pengetua yang turut mengajarkan Bahasa Melayu di Semerbak.

Khamis, 14 Mei 2015

KURSUS PEMANTAPAN PEDAGOGI BAHASA MELAYU KERTAS 2 SPM








Tarikh: 10 Mei 2015 (Ahad)
Masa : 1100 pagi - 4.30 petang
Tempat: Dewan PPD Muar

Terima kasih kepada Cikgu Hjh. Noraini Ismail dan Ahli Jawatankuasanya kerana mengundang saya untuk mengendalikan Bengkel Pemantapan Pedagogi Bahasa Melayu Kertas 2 SPM di bawah Program DTP anjuran Perjabat Pendidikan Daerah, Muar yang melibatkan 80 orang guru dari daerah Muar dan Ledang. Semoga segalal input yang disampaikan dapat dimanfaatkan dalam pengajaran dan pemelajaran.