Isnin, 25 Mac 2013

RENCANA 160: MENGESKPORT KELEBIHAN MALAYSIA VIA TMM 2014


Ikutilah rencana umum saya selanjutnya berjudul "Mengeksport Kelebihan Malaysia Via TMM 2014" dalam majalah Fokus SPM, keluaran April 2013. Selamat membaca!!!

RENCANA 159: PENGGUNAAN KATA ATAU ISTILAH

Ikutilah rencana Bahasa Melayu SPM saya selanjutnya berjudul "Penggunaan Kata atau Istilah" dalam majalah Fokus SPM, keluaran April 2013. Selamat membaca!!!

RENCANA 158: MENGHAYATI SELOKA

Ikutilah rencana KOMSAS SPM saya selanjutnya berjudul "Menghayati Seloka" dalam majalah Fokus SPM, keluaran April 2013. Selamat membaca!!!

PROGRAM JERAYAWARA BAHASA DI SMK FELDA PURUN




Tarikh: 23 Mac 2013 (Sabtu)
Masa : 8.30 pagi - 1.30 tengah hari
Tempat: Bilik Kuliah SMK Felda Purun, Triang, Pahang

Terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada Pengetua SMK Felda Purun, Puan Hjh. Sapiah Abd. Jalil kerana memberi ruang kepada saya untuk mengendalikan program tersebut buat julung-julung kali. Tidak ketinggalan juga kepada Guru Kanan Bahasa Melayu, Ketua Panitia, guru-guru Bahasa Melayu dan para pelajar yang terbabit menjayakan program tersebut dari awal hingga akhir. Syabas dan tahniah atas komitmen kalian meskipun program tersebut diadakan pada awal cuti pertengahan semester pertama. Semoga semangat yang berkobar-kobar untuk menimba ilmu dapat diteruskan sehingga menjelang SPM kelak dan segala input yang disampaikan dapat dimanfaatkan sepenuhnya bagi meraih kecemerlangan yang luar biasa. 

Ahad, 10 Mac 2013

PROGRAM JERAYAWARA BAHASA DI SBPI KUANTAN





Tarikh: 9 Mac 2013 (Sabtu)
Tempat: Dewan SBPI Kuantan
Masa   : 8.30 pagi - 1.00 tengah hari

Terima kasih yang tidak terhingga kepada Cikgu Aslinda Khamis, Cikgu Asmui, guru-guru, serta para pelajar kerana memberi ruang dan peluang untuk saya mengendalikan program tersebut buat julung-julung kali. Syabas dan tahniah kepada semua pelajar kerana komitmen yang sangat memberangsangkan. Semoga segala input yang disampaikan dapat memberikan suntikan semangat untuk melonjakkan prestasi Bahasa Melayu sekali gus menempa kecemerlangan peringkat SPM pada tahun ini.   

RENCANA 157: PENGUKUHAN INSTITUSI KEKELUARGAAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA


Ikutilah rencana umum tersebut selanjutnya berjudul "Pengukuhan Institusi Kekeluargaan Tanggungjawab Bersama" dalam majalah FOKUS SPM, keluaran Mac 2013. Selamat membaca !!!

RENCANA 156: ULASAN SOALAN PENGETAHUAN & KEMAHIRAN BAHASA SPM 2012

Ikutilah rencana Bahasa Melayu tersebut selanjutnya berjudul "Ulasan Soalan Pengetahuan & Kemahiran Bahasa SPM 2012" dalam FOKUS SPM, keluaran Mac 2013. Selamat membaca!!!

RENCANA 155: PERKEMBANGAN WATAK UTAMA DALAM NOVEL AZFA HANANI

 
Ikutilah rencana KOMSAS tersebut selanjutnya bertajuk "Perkembangan Watak Utama dalam Novel Azfa Hanani" dalam majalah FOKUS SPM, keluaran Mac 2013. Selamat  membaca!!!

Rabu, 27 Februari 2013

PROGRAM JERAYAWARA BAHASA DI SM SAINS BATU PAHAT






Tarikh: 24 Februari 2013 (Ahad)
Masa : 8.30 pagi - 2.30 petang
Tempat: Dewan Makan (SEHEBAT)

Terima kasih yang tidak terhingga kepada Tuan Haji Zainuddin Dirin, Puan Zaleha, guru-guru pengiring sekolah jemputan dan para pelajar SEHEBAT berserta pelajar jemputan dari SMK Banang jaya dan SMK Seri Gading kerana memberikan kerjasama yang cukup memberangsangkan sepanjang program tersebut dijalankan. Mudah-mudahan input yang disampaikan dapat memberikan pendedahan awal sebagai persediaan untuk menguasai mata pelajaran Bahasa Melayu termasuk KOMSAS dengan cemerlang khususnya bagi kumpulan pelajaran pertama SEHEBAT tingkatan empat yang baru mendaftar tahun 2013 dan bakal menghadapi SPM pada tahun 2014. Syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat dan semoga kita bertemu lagi pada siri yang akan datang. Insya-Allah.

Isnin, 18 Februari 2013

TAKWIM PEPERIKSAAN AWAM 2013


KEPADA SEMUA BAKAL CALON UPSR, PMR, SPM DAN KV
GAGAL UNTUK MERANCANG, MERANCANG UNTUK GAGAL..
AYUH ATUR STRATEGI DAN TERUS BERUSAHA TANPA HENTI SEHINGGA MENJELANG PEPERIKSAAN YANG BAKAL DIDUDUKI PADA TAHUN INI.

Ahad, 17 Februari 2013

PROGRAM JERAYAWARA BAHASA DI SM SAINS BATU PAHAT (SEHEBAT)


Insya-Allah semoga segala yang dirancang bersama-sama Tuan Haji Zainuddin Dirin tempoh hari akan jadi kenyataan dan segala-galnya akan berjalan dengan lancar. Tunggu dan jumpa di sana.

Sabtu, 16 Februari 2013

PROGRAM JERAYAWARA BAHASA DI SMK SERI PENGKALAN





Tarikh: 14 Februari 2013
Masa : 11:30 pagi - 2:30 petang
Tempat: Dewan Seri, SMK Seri Pengkalan

Terima kasih yang tidak terhingga kepada Puan Jahrah, Puan Azlina Said dan Puan Normah kerana memberi ruang dan kesempatan untuk saya mengendalikan Program Jerayawara Bahasa yang pertama peringkat sekolah menengah bagi sesi persekolahan 2013. Semoga dengan input yang disampaikan dapat menyuntik semangat untuk berusaha dan menempat kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM pada penghujung tahun nanti. Tahniah kepada semua pelajar yang terlibat dan memberikan kerjasama sepanjang program tersebut berjalan.

Jumaat, 8 Februari 2013

PROGRAM JERAYAWARA BAHASA - PEMBUKA TIRAI SESI PERSEKOLAHAN 2013





Tarikh: 12-02-2013
Masa : 2.00 petang
Tempat: Dewan Utama Mansur Shah, Petronas Penapisan Melaka, Sungai Udang, Melaka
Terima kasih tidak terhingga kepada Encik Kamarudin Abu Bakar kerana memberi ruang dan peluang untuk saya mengendalikan Program Jerayawara Bahasa sebagai pembuka tirai sesi persekolahan 2013. Mudah-mudahan pertemuan pertama ini mampu menyuntik semangat kental bagi para peserta yang bakal menghadapi peperiksaan SPM 2013.

Ahad, 3 Februari 2013

RENCANA 154: MENYINGKAP PERANAN UTC & RTC: SATU HENTIAN PELBAGAI PERKHIDMATAN


Ikutilah rencana umum saya selanjutnya berjudul "Menyingkap Peranan UTC & RTC: Satu Hentian Pelbagai Perkhidmatan" di dalam majalah FOKUS SPM, keluaran Februari 2013. Selamat membaca!!!

RENCANA 153: ULASAN SOALAN RUMUSAN & PEMAHAMAN SPM 2012


Ikutilah rencana BAHASA MELAYU SPM saya selanjutnya berjudul "Ulasan Soalan Rumusan & Pemahaman SPM 2012" di dalam majalah FOKUS SPM, keluaran Februari 2013. Selamat membaca!!!

RENCANA 152: ULASAN LATAR MASA DALAM NOVEL SPM 2012


Ikutilah rencana KOMSAS SPM saya selanjutnya berjudul "Ulasan Latar Masa dalam Novel - SPM 2012" di dalam majalah FOKUS SPM, keluaran Februari 2013. Selamat membaca!!!