Sabtu, 27 Ogos 2016

PROGRAM JERAYAWARA BAHASA SEK MEN. SAINS PEREMPUAN SEREMBAN













Terima kasih kepada Cikgu Airien Malek dan guru-guru Bahasa Melayu kerana memberikan ruang kepada saya untuk mengendalikan program tersebut buat kali pertama pada hari ini (22 Julai 2016) bermula jam 2.30 petang bertempat di Dewan Srikandi, SGSS. Tahniah dan syabas kepada semua pelajar yang terlibat kerana memberikan komitmen yang cukup memberangsangkan sepanjang program tersebut berlangsung. Semoga kalian memperoleh input yang bermanfaat dan mendapat kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM kelak.

SMK RANTAU PANJANG, KAPAR, KLANG








Terima kasih kepada Puan Sabariah Husain, Ketua Panitia dan guru-guru Bahasa Melayu SMK Rantau Panjang kerana memberikan ruang dan kepercayaan untuk saya mengendalikan program tersebut pada hari ini (20 Julai 2016) buat kali pertama. Tahniah dan syabas kepada semua pelajar yang terlibat kerana memberikan komitmen yang cukup baik sepanjang program tersebut berlangsung. Semoga kalian memperoleh input yang dapat dimanfaatkan menjelang peperiksaan SPM 2016 kelak dan memperoleh kejayaan yang cemerlang serta menyerlah jauh daripada biasa.

PROGRAM JERAYAWARA BAHASA SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DAERAH MARAN, PAHANG











Terima kasih yang tidak terhingga kepada Cikgu Hjh. Ghazani Awang Hamat dan jawatankuasanya, guru-guru pengiring dari 18 buah sekolah menengah Daerah Maran serta pegawai-pegawai dari PPD Maran kerana memberikan ruang dan kepercayaan kepada saya untuk mengendalikan bengkel tersebut pada 19 Julai 2016 (Selasa) bertempat di Dewan Al-Falah SMK Jengka Pusat. Tahniah dan syabas kepada semua pelajar kerana terpilih untuk menyertai bengkel tersebut. Semoga kalian memperoleh manfaat daripada bengkel tersebut sekali gus dapat dimanfaatkan dalam peperiksaan SPM kelak dan berjaya dengan cemerlang.

PROGRAM JERAYAWARA BAHASA DI SMK TUN HABAB, KOTA TINGGI











Terima kasih kepada Pengetua dan Cikgu Norani Ani dan guru-guru Bahasa Melayu kerana memberikan ruang dan kepercayaan kepada saya untuk mengendalikan program tersebut kali kedua. Syabas dan tahniah kepada semua pelajar yang terlibat. Semoga kalian memperoleh input yang dapat dimanfaatkan dalam peperiksan SPM kelak dan memperoleh kejayaan yang cemerlang.

PROGRAM JERAYAWARA BAHASA DAERAH PONTIAN, JOHOR