Jumaat, 11 September 2015

PROGRAM JERAYAWARA BAHASA DI SMK DATO' MOHD. TAHA, GEMENCHEH












Tarikh: 29 Ogos 2015 (Sabtu)
Masa: 8.30 pagi
Tempat: Dewan SMK Dato' Mohd. Taha, Gemencheh
Terima kasih kepada Cikgu Nur Kyra Anysa dan guru-guru Bahasa Melayu SMKDMT kerana mengundang saya untuk kali pertama hari ini (29 Ogos 2015 - Sabtu). Tidak ketinggalan juga kepada semua pelajar yang turut hadir dan memberikan kerjasama yang cukup baik sepanjang program tersebut berlangsung. Semoga kalian mendapat input yang berguna bagi menghadapi peperiksaan percubaan SPM pada hari Selasa depan (1 Sept.) dan juga SPM yang sebenar, sekali gus memperoleh kejayaan yang menyerlah daripada luar biasa

PROGRAM JERAYAWARA BAHASA DI SMA AT-TANWIRIAH, PARIT JAWA, MUAR








Tarikh: 23 Ogos 2015 (Ahad)
Masa: 8.30 pagi
Tempat: Bilik Sumber SMA At-Tanwiriah, Parit Jawa Muar,

Terima kasih kepada Cikgu Hafizuddin - Cikgu Adie Muslim'z kerana mengundang saya untuk kali pertama bagi mengendalikan Program Jerayawara Bahasa pada 23 Ogos 2015 (Ahad) jam 8.30 pagi. Syabas dan tahniah kepada semua pelajar yang terlibat. Semoga segala input yang disampaikan dapat dimanfaatkan sepenuhnya bagi menghadapi peperiksaan SPM yang semakin hampir dan memperoleh kejayaan yang cemerlang.

PROGRAM JERAYAWARA BAHASA DI SMK BANDAR TASIK KESUMA










Tarikh: 22 Ogos 2015 (Sabtu)
Masa: 8.00 pagi - 1.00 tgh. hari
Tempat: Pusat Sumber SMK Bandar Tasik Kesuma, Beranang.
 
Alhamdulillah usai berjerayawara di SMK Bandar Tasik Kesuma yang bermula jam 8.00 pagi hingga 1.00 tengah hari. Terima kasih kepada Puan Azlina Mokhilas (GKMP Bahasa), Puan Asiah bt .Ismail (KP BM), guru-guru Bahasa Melayu kerana mengundang saya untuk kali ke-3 bagi mengisi Program Jerayawara Bahasa dengan teknik menjawab kertas Bahasa Melayu peringkat SPM. Tahniah dan syabas kepada semua pelajar yang terlibat kerana memberikan komitmen yang cukup baik sepanjang berlangsungnya program tersebut. Semoga segala input yang disampaikan dapat dimanfaatkan semasa menjawab kertas Bahasa Melayu peringkat peperiksaan percubaan dan SPM yang sebenarnya sekali gus membolehkan kalian memperoleh kejayaan yang cemerlang dan A+ bagi kertas Bahasa Melayu.

PROGRAM JERAYAWARA BAHASA DI MRSM TERENDAK








Tarikh: 15 Ogos 2015 (Sabtu)
Masa : 8.30 -12.30
Tempat: Pusat Sumber Pembelajaran MRSM Terendak
 
Terima kasih kepada Puan Hjh. Zuraidah Zulkeflee, Cikgu Norfaizah Kasim Cikgu Noor Hafizah Jauhari, dan guru-guru Bahasa Melayu MRSM Terendak kerana mengundang saya untuk program tersebut untuk kali ke-6 (sejak 2010). Syabas dan tahniah kepada semua pelajar yang terlibat dan memberikan komitmen yang sangat memberangsangkan. Semoga kalian memperoleh input yang bermanfaat dan kejayaan yang cemerlang.

Isnin, 10 Ogos 2015

PROGRAM JERAYAWARA BAHASA DI SAM MUHAMMADIYYAH PEKAN SABAK









Tarikh: 9 Ogos 2015 (Ahad)
Masa: 8.30 pagi
Tempat: Dewan SAM Muhammadiyyah Pekan Sabak, Sabak Bernam

Terima kasih kepada Cikgu Aliza Sahlan dan guru-guru Bahasa Melayu kerana mengundang saya sekali lagi untuk mengendalikan program tersebut. Syabas dan tahniah kepada semua pelajar yang terlibat kerana memberikan komitmen yang cukup positif sepanjang berlangsungnya program tersebut. Semoga kalian memperoleh input yang bermanfaat dan berjaya menempa kejayaan cemerlang dalam peperiksaan SPM kelak.

PROGRAM JERAYAWARA BAHASA DI SMK SINAR BINTANG







Tarikh: 8 OGOS 2015 (Sabtu)
Masa : 8.30 pagi
Tempat: Dewan Dato' Melvin Loh Kok Man, SMK Sinar Bintang, Segambut, Kuala Lumpur
Terima kasih kepada Cikgu Ummi Imtiyaaz dan guru-guru Bahasa Melayu SMK Sinar Bintang, Segambut, Kuala Lumpur kerana memberi ruang dan kepercayaan kepada saya untuk mengendalikan program tersebut buat kali pertama. Syabas dan tahniah kepada semua pelajar yang terlibat dan semoga kalian memperoleh input yang bermanfaat bagi menghadapi peperiksaan SPM kelak.

Isnin, 3 Ogos 2015

PROGRAM JERAYAWARA BAHASA DI SMK TENGKU MAHKOTA, MUAR








Tarikh: 1 Ogos 2015 (Sabtu)
Tempat: Bilik Seminar SMK Tengku Mahkota, Muar
Masa: 8.30 pagi

1 Ogos 2015 (Sabtu): 8.00 pagi - 2.00 petang
Terima kasih kepada Cikgu Puan Rozy Eta (GKMP Bahasa), Puan Rodzyah (KP BM), dan guru-guru Bahasa Melayu kerana mengundang saya untuk mengendalikan program tersebut. Syabas dan tahniah kepada semua pelajar yang terlibat kerana memberikan komitmen yang cukup baik sepanjang program tersebut berlangsung. Semoga kalian memperoleh suntikan semangat dan input yang berguna bagi menghadapi peperiksaan SPM kelak sekali gus memperoleh kejayaan yang cemerlang.