Khamis, 16 April 2015

PROGRAM JERAYAWARA BAHASA DI RESTORAN MEXICA















Tarikh: 12 April 2015
Masa : 8.30 pagi
Tempat: Restoran Mexica
Terima kasih kepada Cikgu Teo Wei Sing kerana memberi ruang dan kesempatan kepada saya untuk mengendalikan program tersebut hari ini anjuran Pergerakan MCA Bahagian Indera Mahkota, Kuantan. Semoga pelajar yang terlibat dapat memanfaatkan segala input yang disampaikan dalam peperiksaan SPM kelak

PROGRAM JERAYAWARA BAHASA - SMK TENGKU PANGLIMA PERANG, KUANTAN


















 
Tarikh: 11 April 2015 (Sabtu)
Masa  : 8.30 pagi
Tempat: Dewan SMK Tengku Panglima Perang
Terima kasih kepada Cikgu Faizam Harun yang berusaha membawa saya untuk mengendalikan program tersebut. Tidak ketinggalan kepada Tuan Pengetua, Encik Mohd. Yunus Mahil KP BM Cikgu Norain, Tuan Hj. Mohamad Tawpik Ab Aziz dan guru-guru Bahasa Melayu serta semua pelajar yang turut terlibat dari pagi tadi. Semua segala input yang disampaikan dapat memberikan suntikan semangat sekalii gus melonjakkan prestasi mata pelajaran Bahasa Melayu dalam SPM kelak.

Isnin, 6 April 2015

PROGRAM JERAYAWARA BAHASA DI SMK TUN TUAH









Tarikh: 2 April 2015 (Khamis)
Tempat: Dewan SMK Tun Tuah
Masa : 11.30 pagi

Alhamdulillah..usai berjerayawara di sini. Terima kasih kepada Pengetua, GKMP dan KP Bahasa, dan Tn. Hj. Mohd Rashid Hassan kerana sudi mengundang saya untuk program tersebut. Semoga input yang disampaikan dapat dimanfaatkan sekali gus melonjakkan prestasi Bahasa Melayu peringkat SPM kelak. Tahniah kepada semua pelajar kerana memberikan kerjasama yang baik sepanjang program tersebut berlangsung

PROGRAM JERAYAWARA BAHASA DI SMK DATO' SRI AMAR DIRAJA









Tarikh: 29 Mac 2015 (Ahad)
Tempat: Dewan Sri Amar, Muar
Masa  : 9.30 pagi

Terima kasih kepada Cikgu Mila Johor kerana sudi mengundang saya untuk mengendalikan program tersebut untuk kali pertama pada 29 Mac 2015. Semoga input yang disampaikan dapat dimanfaatkan oleh bakal calon SPM kelak dan menempa kejayaan cemerlang.

PROGRAM JERAYAWARA BAHASA DI SMK (P) SULTAN ABU BAKAR









Tarikh: 28 Mac 2015 (Sabtu)
Tempat: Dewan SMK (P) Sultan Abu Bakar
Masa : 8.30 pagi
Terima kasih kepada Puan Hjh. Noraini Ismail kerana mengundang saya untuk kali pertama dalam Program Jerayawara Bahasa di SMK(P) Sultan Abu Bakar, Muar. Semoga perkongsian ilmu ini dapat menyuntik semangat pelajar cikgu ke arah melonjakkan peratus prestasi mata pelajaran Bahasa Melayu dalam peperiksaan SPM kelak. Terima kasih juga kerana menghadiahi saya cenderamata berupa sijll penghargaan, barangan sampingan dan sebagainya.